Thursday, 1 March 2018

[Video Kerugiaan 1MDB Sebenarnya Melebihi 100 Billion & Betoi ka PAS Menerima Wang Dari UMNO?] "Ini melayu punya kerja le ni"! SALLEH SAID KERUAK LEBIH HEBAT DARIPADA FBI AMERIKA?

Jumaat, 2 Mac 2018

SALLEH SAID KERUAK LEBIH HEBAT DARIPADA FBI AMERIKA?

Ketika DOJ mengumumkan sederetan harta yang dipercayai dibeli dengan dana 1MDB yang dicuri yang mahu dirampasnya beberapa tahun lalu, antaranya termasuk kapal mewah Equanimity milik Jho Low, tiada siapa pun meragui mengenai pemilikan "kediaman bergerak"  yang bernilai hampir RM1,000 juta itu.

Ini kerana FBI Amerika Syarikat yang menjalankan penyiasatan mengenai perkara itu bukan calang-calangnya cekap dan kemahirannya.
Lebih daripada itu, baik ketika DOJ mula-mula mengumumkan saman sivilnya untuk merampas harta-harta tersebut mahu pun setelah Equanimity dirampas dua hari lalu di perairan Bali, Jho Low sendiri sama-sekali tidak menafikan kapal itu miliknya.

Dalam responnya sebaik kapal itu dirampas oleh polis Indonesia dengan kerjasama FBI, Jho Low menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan, bermotif politik, penuh kelemahan dan tidak disokong dengan bukti.

Dalam erti kata, Jho Low tanpa ragu-ragu mengakui kapal mewah itu adalah miliknya.

Tetapi, menteri pengampu dan pembodek nombor satu, Salleh Said Keruak nampaknya lebih hebat daripada FBI dan Jho Low sendiri.
Beliau dengan penuh yakin dan tanpa rasa malu mengatakan tiada bukti yang menunjukkan kapal Equanimity yang dirampas itu adalah kepunyaan Jho Low.
Kalau bukan milik Jho Low, milik siapakah kapal tersebut?

Adakah Salleh lebih "hebat" daripada FBI atau lebih "cerdik" daripada Jho Low sendiri yang mengakui kapal itu miliknya?

Atau ini ciri utama untuk bergelar pengampu dan pembodek nombor satu? (ShahbudinHusin 02/03/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena