Thursday 15 March 2018

[Video Dr Rosli sertai AMANAH] TUN MAHATHIR tumpu program besar-besaran sahaja! Meskipun beliau mempunyai semangat yang kuat untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan SANG KLEPTOKRAT bernama Najib.

Khamis, 15 Mac 2018

TUN MAHATHIR PEMANGKIN TSUNAMI RAKYAT, TUMPU PROGRAM BESAR-BESARAN SAJA


Kenyataan Mohamad Sabu bahawa Pakatan Harapan selepas ini akan mengurangkan penglibatan Tun Mahathir Mohamad dalam program jelajah dan ceramah bagi memastikan kesihatan calon Perdana Menteri itu tidak terjejas, sebenarnya adalah langkah yang paling tepat dan sesuai.

Menurut Mohamad Sabu, Pakatan Harapan akan memastikan program yang dihadiri oleh Tun Mahathir tidak lagi berakhir hingga lewat malam, selain juga tidak akan diadakan secara berturut-turut di beberapa negeri.

Akan datang kita akan kurangkan program melibatkan Tun Mahathir agar beliau tidak terlalu letih dan punya rehat yang secukupnya, tambah Presiden Amanah itu lagi.

Meskipun agak terlewat, tetapi sebenarnya belum lagi terlambat bagi Pakatan Harapan membuat keputusan untuk memberi rehat yang secukupnya kepada Tun Mahathir.
Harus diingat, meskipun beliau mempunyai semangat yang kuat untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan sang kleptokrat bernama Najib Razak,  Tun Mahathir bukan lagi berusia 50an atau 60an, sebaliknya sudah berusia 93 tahun.

Tidak ramai yang orang seusia dengannya mempunyai kesihatan yang baik, mahu terus berjuang dan boleh bersembahyang seperti biasa tanpa menggunakan kerusi.

Oleh itu, harus difahami kekurangan tenaga dan kekuatannya, walaupun pengaruh dan keberadaannya amat diperlukan untuk menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.

Untuk kemanfaatan bersama, tambahan lagi tarikh pilihanraya hanya dalam lingkungan 100 saja, Pakatan Harapan seharusnya mula menggerakkan program jelajah dan ceramah secara besar-besaran melibatkan Tun Mahathir di peringkat negeri-negeri mulai sekarang.

Bagi negeri yang kecil, memadai dengan satu program saja, manakala untuk negeri yang besar, barangkali boleh difikirkan dua atau tiga program secara besar-besaran.

Begitu juga untuk peneroka Felda, pengundi Cina, India dan sebagainya, mungkin sesuai dianjurkan satu atau lebih program secara besar-besaran yang sama.
Melalui program besar-besaran yang mampu menghimpunkan 50 ribu atau 100 ribu hadirin misalnya, ia dengan sendirinya akan mencetuskan kebangkitan rakyat untuk membuat lebih berani perubahan serta dalam masa yang sama memberi kegerunan kepada Najib, UMNO dan BN.

Dengan yang demikian juga, pengaruh Tun Mahathir dapat dimanfaatkan secara maksima bagi mencetuskan tsunami rakyat secara keseluruhannya, selain menjimatkan masa serta memelihara kesihatan beliau.

Dalam waktu yang sama, mulai sekarang juga, program kecil-kecilan yang kadang-kadang dianjurkan sehingga di tiga tempat pada sebelah petang saja, seharusnya dikecualikan daripada Tun Mahathir.

Program-program seperti itu lebih sesuai dihadiri oleh pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga sama ada dari PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Yang penting, pada diri Tun Mahathir, meskipun sudah berusia 93 tahun, tetapi pengaruh dan auranya untuk menjadi pemangkin perubahan, pencetus tsunami rakyat dan tonggak untuk menjatuhkan Najib, tidak ada pada mana-mana pemimpin lain dalam Pakatan Harapan.

Najib sendiri, yang paling digeruni dan ditakuti ialah Tun Mahathir.
Maka itu, kesihatan dan keberadaan Tun Mahathir mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya sehingga ke detik pengundian dan sehingga tersingkirnya Najib daripada singgahsana kuasa sebagai Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 14/03/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena