Saturday 10 March 2018

[Video Najib akan 'terkincit' kalau dia ada di sini, kata Dr M] UmnoBN telah mengajar kita semua...Mei 2009 Speaker sah dicekik dan diheret! Apa sebenarnya tujuan lawatan kerja PM ke Batang Kali? GIMIK Pelancaran Kelas Abad 21 projek YTL SJKT untuk menipu siapa? Pengundi atau PM?

Ahad, 11 Mac 2018
Hasil carian imej untuk Gambar Speaker Sivakumar kena cekik
Hasil carian imej untuk Gambar Speaker Sivakumar kena cekik
Speaker V Sivakumar diheret!

Hasil carian imej untuk Gambar Speaker Sivakumar kena cekik
UmnoBN telah mengajar kita semua, satu kaedah untuk menjatuhkan seseorang daripada sesuatu jawatan menggunaakan kaedah Cekik & Heret

Apa sebenarnya tujuan lawatan kerja PM ke Batang Kali?

Apa sebenarnya tujuan lawatan kerja PM ke Batang Kali?

Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar mempersoalkan apakah sebenarnya tujuan lawatan kerja yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak ke SJKT Batang Kali pada Rabu lalu.
Apakah tujuan sebenar lawatan tersebut? Adakah untuk melihat dan membantu sekolah tersebut atau satu sandiwara politik untuk memancing undi? soal beliau.
Kata Sivakumar, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan pernah menjanjikan bangunan empat tingkat bagi SJKT Batang Kali yang terletak di kawasan Parlimen beliau, namun sehingga hari ini, tidak nampak apa-apa hasil usaha beliau untuk membina bangunan baru empat tingkat itu.
“Malah, beliau terus memberi harapan kosong kepada penduduk Hulu Selangor yang memilihnya sebagai wakil rakyat mereka.
“Suatu ketika dahulu, sekolah ini hanya mempunyai lebih kurang 100 orang murid sahaja. Hari ini, jumlahnya telah meningkat kepada 350 orang murid. Keadaan sekolah tidak dapat menampung pertambahan murid ini.
“Dijangka jumlah murid akan mencecah 500 orang dalam tempoh lima tahun lagi. Ini adalah disebabkan oleh minat ibubapa dan pertambahan kawasan-kawasan kediaman di sekitarnya,” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.
Tambah beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberi peluang untuk berinteraksi dengan penduduk Batang Kali dalam lawatan kerja itu.
Malah katanya, pihak PIBG juga tidak dapat ruangan untuk meluahkan hasrat mereka meminta kerajaan membina bangunan 4 tingkat dengan segera.
“Yang lebih menyedihkan lagi ialah wayang kulit yang diatur untuk melancarkan Kelas Abad 21 projek YTL. Kelas itu disiapkan sehari sebelum lawatan Perdana Menteri ke sekolah itu.
“Sebaik sahaja tamat lawatan, semua kelengkapan telah diambil balik dan kelas itu kekal sebagai bilik darjah biasa. Gimik ini untuk menipu siapa? Pengundi atau PM?
Sivakumar berkata, beliau mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan janjinya dengan segera.
“Pengundi Hulu Selangor tidak akan teragak-agak untuk memilih calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umu ke-14 (PRU14) jika permintaan mereka tidak ditunaikan.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena