Saturday, 10 March 2018

[Video Panama Dance Staff Hospital & Challenge JPJ] Penjawat Awam 'Jangan takut undi HARAPAN, kerajaan UmnoBN takkan tahu'!

Sabtu, 10 Mac 2018


'Jangan takut undi HARAPAN, kerajaan takkan tahu'


Hasil carian imej untuk Gambar Jangan takut undi pembangkang'

3 SEBAB KENAPA PEGAWAI KERAJAAN TAK PERLU TAKUT UNDI PEMBANGKANG – INI PENJELASAN DR MAHATHIR

DR MAHATHIR Mohamad yang mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi lima pilihan raya umum menafikan Putrajaya boleh mengesan dan menghukum pegawai kerajaan yang mengundi pembangkang.

Kenyataan Dr Mahathir itu mempunyai asas kerana sewaktu menjadi perdana menteri, negeri Kelantan, Terengganu dan Sabah jatuh ke tangan pembangkang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengeluarkan kenyataan ini pada ketika terdapat laporan mengatakan pimpinan BN memberikan amaran kepada pegawai kerajaan agar tidak mengundi pembangkang.
[1] “Sebenarnya pihak kerajaan tidak akan dapat tahu siapa mengundi bagi siapa,” kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
[2] “Mungkin ramai yang akan takut. Jika tak undi kerajaan tindakan akan diambil terhadap mereka.”
Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi perdana menteri dahulu, beliau juga tidak tahu tentang perkara ini.
“Sebab itu ramai yang bermusuh dengan saya dapat jawatan. Dapat jadi menteri,” katanya.
Menurut Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terdapat 500,000 penjawat awam di Malaysia pada ketika ini.
Dr Mahathir berkata, kebimbangan ini terutamanya bagi anggota berpakaian seragam seperti polis dan tentera yang akan mengundi secara pos.
“Kita dapati ramai yang takut kalau-kalau undi parti lawan maka tindakan akan diambil ke atas mereka.
[3] “Yang sebenarnya kerajaan tidak boleh tahu. Dan besar kemungkinan kerajaan ini akan kalah jadi mereka tidak boleh ambil tindakan apa-apa pun,” katanya.
Dr Mahathir berkata, untuk memastikan BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14, semua pihak haruslah mengundi PH.
“Kalau undi banyak kepada Pakatan Harapan, kami menang, kami juga tidak akan tahu siapa yang sokong kami, siapa yang tidak.
“Tidak akan ada tekanan-tekanan dibuat terhadap sesiapa,” katanya.
Katanya, bagi memastikan Malaysia terus aman dan makmur, amat penting bagi rakyat untuk menjatuhkan BN pada PRU14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun 2018. – 26 Julai, 2017.
Sumber : themalaysianinsight.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena