Kami ada banyak plan jika pendaftaran Bersatu dibatalkan, kata Dr Mahathir
Bersatu telahpun bersedia dengan sebarang keputusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang sebelum ini berkata parti itu berisiko untuk dibatalkan pendaftarannya, kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Mac, 2018.
BERSATU dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) telah bersedia dengan Plan B dan Plan C untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan jika pendaftaran dibatalkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, parti itu telahpun bersedia dengan sebarang keputusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang sebelum ini berkata parti itu berisiko untuk dibatalkan pendaftarannya.
“Kami ada plan untuk selesaikan sebarang kemungkinan. Kami ada plan B, Plan C. Kami akan laksanakan plan-plan ini bergantung kepada keputusan RoS,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Tanah Merah, Kelantan hari ini.
Beliau, yang juga calon sebagai perdana menteri PH berkata, Bersatu akan mendapatkan bantuan rakan gabungan, PKR, DAP dan Amanah jika pendaftaran dibatalkan.
Semalam, RoS memberi tempoh 30 hari kepada Bersatu untuk menyerahkan dokumen bagi membantu siasatan atau jika tidak berkemungkinan dibatalkan pendaftaran parti itu.
Bersatu yang ditubuhkan pada 2016 telah berhadapan dengan pelbagai maslaah dengan RoS sejak tahun lepas.
Bulan lalu, presidennya Muhyiddin Yasin menerangkan yang perlembagaan Bersatu menetapkan cabangnya hanya perlu tangguhkan mesyuarat tahunan selepas ditubuhkan.
PH telah memohon untuk mendaftar, namun menurut RoS proses itu terpaksa ditangguhkan memandangkan siasatan ke atas Bersatu masih berlangsung.
Justeru Dr Mahathir sekali lagi menuduh RoS sengaja melambatkan pendaftaran PH selain mendakwa agensi itu telah dimanipulasikan oleh pentadbiran Najib.
PH telah menjadi musuh ketat Najib dan Barisan Nasional menjelang PRU14.
“Jika mereka boleh buat keputusan, maka kami ada masa untuk bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Penangguhan ini bertujuan untuk menghalang operasi PH,” kata Dr Mahathir.
“Ini agenda Najib. Dia tak boleh menang secara bersih dan jujur. Dia hanya boleh menang dengan cara beginilah.”
Orang nombor dua Najib, Zahid hari ini menyangkal tuduhan itu dengan berkata yang pentabiran Najib tidak pernag menggangu kerja RoS.
Zahid menggesa Bersatu mengikut arahan RoS sekiranya tidak mahu dibubarkan.
“Saya rasa Bersatu perlu serahkan semuanya daripada mesyuarat cawangan mereka, hingga ke mesyuarat agung tahunan.
“Saya tidak mahu campur tangan urusan RoS tetapi saya rasa Bersatu perlu mengikut perlembagaannya dan mematuhi Akta Pendaftar Pertubuhan 1956. RoS hanya menjalankan tugas mereka,” katanya. – 10 Mac, 2018.
The Malaysian Insight
0 comments:
Post a Comment