Wednesday, 7 March 2018

[Video PARLIMEN 2018 KECOH: Pendang BN MENCARUT (Apa punya BODO, bangang) demi pertahankan Najib & 1MDB] Pakatan ikrar tepati 10 janji dalam tempoh 100 hari ambil alih Putrajaya.

Khamis, 8 Mac 2018

Pakatan ikrar tepati 10 janji dalam tempoh 100 hari ambil alih Putrajaya



PAKATAN Harapan (PH) yakin dapat melaksanakan 10 janji dalam tempoh 100 hari jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam manisfesto yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu, PH menyenaraikan beberapa langkah antara lain menyentuh mengenai ekonomi rakyat selain reformasi institusi dan dasar.
“Buku Harapan” oleh PH, yang dijadualkan akan diumumkan esok, terbahagi kepada 5 perkara utama iaitu; mengurangkan kos sara hidup rakyat, reformasi institusi dan dasar, memacu ekonomi kukuh, mengembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan mewujudkan Malaysia yang inklusif dan moderat.
Pakatan ikrar tepati 10 janji dalam tempoh 100 hari ambil alih Putrajaya
PAKATAN Harapan (PH) yakin dapat melaksanakan 10 janji dalam tempoh 100 hari jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mac, 2018.
5 janji khas juga disenaraikan untuk golongan tertentu, termasuk peneroka Felda, masyarakat India, kaum wanita, orang muda, dan warga tua.
Untuk Felda pula, PH berjanji akan menyelesaikan skandal yang menyelubungi agensi itu serta mencari jalan untuk memodenkan dan meningkatkan tahap Felda.
Manifesto berkenaan juga antara lain menyentuh mengenai penghapusan PTPTN, mengurangkan harga kereta, reformasi institusi dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). – 7 Mac, 2018.

TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena