Wednesday, 7 March 2018

[Video PARLIMEN 2018 Kepoh! Hanipa Maidin SEPANG: Isu Saman DOJ & Kapal Jho Low, Kota Tinggi BN merapu-meraban] Bersatu bukan ketua Pakatan, setiap parti ada peranan unik, kata Saifuddin Abdullah.

Khamis, 8 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Kapal Layart Equanimity
DOJ mendakwa bahawa Equanimity dibeli dengan wang yang digubah yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Bersatu bukan ketua Pakatan, setiap parti ada peranan unik, kata Saifuddin Abdullah

Bersatu bukan ketua Pakatan, setiap parti ada peranan unik, kata Saifuddin Abdullah
Bersatu ada peranan istimewa untuk menarik sokongan pengundi di luar bandar dan di kawasan Felda, dua segmen pengundi yang selama ini kurang memberikan sambutan kepada pembangkang, kata Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mac, 2018.

BERSATU ada peranan istimewa untuk menarik sokongan pengundi di luar bandar dan di kawasan Felda, dua segmen pengundi yang selama ini kurang memberikan sambutan kepada pembangkang, kata Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah.
Keistimewaan itu bagaimanapun tidak meletakkan Bersatu dalam kedudukan memimpin Pakatan Harapan kerana keempat-empat parti dalam gabungan politik itu mempunyai taraf yang sama rata, tambahnya.
"Sebab itu ramai timbalan dan naib dalam (hierarki) Pakatan Harapan. Kita cuba membahagikan tanggungjawab dan peranan masing-masing
"Walau bagaimanapun kita akui PPBM (Bersatu) mempunyai peranan yang unik untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi Melayu terutamanya dari kawasan Felda dan luar bandar," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Saifuddin mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Biro Strategik Bersatu Wan Saiful Wan Jan bahawa parti serpihan Umno itu perlu memimpin PH, sama seperti Umno dalam Barisan Nasional (BN), untuk meyakinkan pengundi Melayu menyokong gabungan itu.
Pemimpin PH dan penganalisis politik melihat pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan dalam jangkaan tidak sampai 100 hari lagi akan banyak bergantung kepada undi yang akan ditentukan oleh kelompok pengundi Melayu.
PH percaya sekiranya berlaku peralihan antara 10% hingga 15% kepada pakatan pembangkang itu, BN akan dapat ditumbangkan buat pertama kalinya sejak Merdeka.


Dalam sebuah forum semalam, Wan Saiful berkata pengundi Melayu perlu diyakinkan PH tidak menggadaikan agenda Melayu sekiranya mendapat kuasa.
"Apabila kita bercakap soal orang Melayu perlu berubah dan undi PH, Bersatu perlu ketuai PH dan mengambil alih (tunjang parti) seperti mana Umno (dalam BN).
"Agenda Bersatu perlu diterima sebagai naratif terbesar PH kalau tidak ia tidak akan berlaku," katanya, yang baru menyertai Bersatu minggu lalu.
Wan Saiful meletakkan jawatan sebagai CEO kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) untuk terjun langsung ke dunia politik melalui wadah Bersatu.
Menurut bekas ahli seumur hidup PAS itu, Bersatu perlu dilihat menjuarai perjuangan agenda Melayu untuk mengubah mentaliti kumpulan etnik itu yang merasakan agenda Melayu akan terhakis sekiranya pembangkang memerintah.
Beliau juga sedar ia bukan perkara mudah kerana komuniti Melayu sejak sekian lama didoktrinkan kononnya kedudukan Melayu akan terhapus sekiranya pembangkang memerintah.
"Kami sedar Umno paparkan imej ketakutan sejak sekian lama. Orang Melayu berfikir seperti itu.
"Untuk Melayu berubah minda mereka perlukan parti Melayu yang kuat dan memastikan tidak ada perubahan dalam kedudukan mereka...Bersatu perjuangkan itu," katanya. – 7 Mac, 2018.

TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena