Friday 2 November 2018

[Video Belanjawan 2019: Sidang Media Perdana Menteri] Jho Low dah jadi tikus - Mahathir.

Jumaat, 2 November 2018
Related image

Jho Low Sembunyi Macam Tikus

Image result for 1mdb-crooks-khadem-al-qubaisi-najib-razak-and-jho-low

Jho Low dah jadi tikus - Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ahli perniagaan yang kini dalam buruan Jho Low seperti tikus.
Katanya, dahulu, Jho Low menjalani kehidupan idaman setiap lelaki dengan mengelilingi dunia, tetapi kini terpaksa menyorok.
“Mereka (AS) mahu mendapatkan Jho Low untuk perbicaraan, tapi Jho Low tak tahu di mana. Kita pun tak tahu dia di mana.
"Kita juga mahukan dia kerana kita ada beberapa pertuduhan terhadap dia.
"Jika dahulu, dia menjalani kehidupan kehidupan idaman setiap lelaki, menaiki kapal terbang dan Equanimity, sekarang kena menyorok macam tikus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen, sebagai menjawab soalan tentang pendakwaan terhadap Jho Low oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) semalam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa kerajaan mengetahui lokasi terbaru ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
Bagaimanapun, Muhyiddin mengakui bahawa Jho Low bijak mengelakkan diri dengan berpindah daripada satu tempat ke tempat lain dan disokong oleh orang tertentu.
Menurut kenyataan DOJ, Jho Low didakwa berkonspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram berbilion dolar daripada dana 1MDB dan bersubahat melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA).
Jho Low dalam satu kenyataan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Kenyataan yang dihantar oleh pasukan peguamnya itu mendakwa bahawa Jho Low tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam 1MDB, atau dilantik oleh kerajaan Malaysia.
Turut didakwa  ialah Tim Leissner, bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara dan Roger Ng, yang juga pernah bekerja di institusi kewangan itu.
Leissner mengaku bersalah bersubahat pengubahan wang haram dan  melanggar FCPA. Dia dilaporkan akan dilucut hak AS$43.7 juta.
Ogos lalu, kerajaan memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Jho Low dan bapanya Low Hock Peng "tanpa kehadiran tertuduh" (in absentia), atas dakwaan penyelewengan wang 1MDB
Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pelbagai negara termasuk AS dan Peguam Negara Switzerland untuk mengembalikan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Selain Low, skandal 1MDB turut mengheret bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke mahkamah dengan 25 pertuduhan berkaitan 1MDB, 21 daripadanya adalah pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kuasa.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena