Friday 2 November 2018

[Video Japan's 'Samurai bonds' to help Putrajaya slash debt] PJ Pas Perak 'masam mencuka, Nizar pulak riang gumbira!' PEMANSUHAN MINIT DAN SURAT SOKONGAN, jadikan menteri2 PH tiada kuasa? Apa jadi akhirnya, sistem parti TIDAK menguasai kerajaan?

Jumaat, 2 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Image may contain: 18 people, people smiling, text

PEMANSUHAN MINIT DAN SURAT SOKONGAN JADIKAN MENTERI2 PAKATAN HARAPAN TIADA KUASA

Salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Pakatan Harapan sebaik mengambil alih kerajaan pada pilihanraya lalu ialah menghapuskan amalan menulis minit dan surat sokongan bagi sebarang urusan yang berkaitan tender, projek dan hal-hal yang melibatkan kewangan.

Ia bermakna Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, pegawai menteri dan lain-lain seperti pengrusi agensi kerajaan  tidak boleh lagi menulis apa-apa minit berbentuk sokongan atau arahan bagi sebarang permohonan yang dibawa rakyat sama ada untuk mendapatkan kontrak, lesen, tender perniagaan atau sebarang hal yang melibatkan kewangan kerajaan.

Turut tidak dibenarkan ialah menulis surat sokongan atas sebarang permohonan yang dikemukakan oleh rakyat atas urusan yang sama iaitu untuk mendapatkan kontrak, lesen, tender perniagaan dan sebarang hal yang melibatkan kewangan kerajaan.

Alasannya peraturan ini diperkenalkan ialah kerana kerajaan Pakatan Harapan ini ingin menjadi kerajaan yang bersih dan para pemimpinnya tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang urusan yang memungkinkan ada konflik kepentingan, membolot peluang perniagaan atau "menyamun" atas jawatan yang disandang.

Sekali pandang dan dari segi idealismenya, peraturan itu memang nampak cantik dan ada baiknya, tetapi ia juga sebenarnya paling merugikan Pakatan Harapan sendiri.

Untuk apakah parti politik bertanding dalam pilihanraya dan menjadi kerajaan kalau bukan untuk mendapatkan kuasa?

Kenapakah semua parti yang bertanding berebut-rebut serta merayu-rayu kepada rakyat atau pengundi agar mereka diberikan kuasa sebagai kerajaan?
Tetapi, apakah pula gunanya kuasa yang sudah diperolehi itu jika ia tidak dapat dimanfaatkan untuk menolong rakyat dan penyokong sendiri?

Bagi penjawat-penjawat politik dalam kerajaan yang memperolehi kuasa melalui pilihanraya, satu-satunya kelebihan atau gahnya mereka ialah apabila boleh menulis minit dan surat sokongan atas sebarang permohonan atau membantu apa juga masalah yang dibawa oleh rakyat.

Ada surat permohonan dalam bentuk meminta sokongan tender, memohon kontrak, lesen, tuntutan bayaran, rayuan projek dan 1001 urusan lain yang kebanyakannya sudah tentu ada melibatkan kewangan kerajaan.

Selalunya melalui minit dan surat sokongan itulah ahli-ahli politik yang ada jawatan boleh menolong rakyat atau mereka yang datang untuk memerlukan pertolongan.

Bukanlah semua minit atau surat sokongan itu pasti akan beroleh kelulusan atau kejayaan kerana pegawai kerajaan atau agensi yang meluluskan itu biasanya terikat dengan peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.

Namun demikian, mereka yang datang itu akan berasa separuh lega apabila surat mereka sudah diminit oleh menteri atau timbalan atau diberikan surat sokongan yang ditandatangi oleh setiausaha politik atau setiausaha sulit kanan menteri, meskipun akhirnya apa yang dipohon atau dihajati itu menemui kegagalan.

Jika apa yang dipohon itu berjaya, tentulah lagi gembiranya mereka itu.

Begitulah bagaimana selama ini sistem parti politik menguasai kerajaan berjalan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

Bagaimanapun, dengan peraturan baru yang memansuhkan amalan menulis minit dan surat sokongan itu, kerugian bukan saja kepada mereka yang ada jawatan dalam kerajaan, tetapi juga penyokong dan rakyat yang selama ini menyokong perubahan.

Ramai yang datang menemui menteri, timbalan menteri atau setiausaha politik misalnya, untuk tujuan meminta pertolongan terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana tiada apa-apa bantuan yang boleh mereka perolehi.

Menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru ini tiada kuasa lagi untuk menulis minit kepada ketua setiausaha, pengerusi agensi di bawah kementeriannya sendiri, pengarah atau pelbagai penjawat jawatan kanan lain yang ada kuasa dari segi pentadbiran dan meluluskan sesuatu perkara.

Begitu juga dengan setiausaha politik dan setiausaha sulit kanan menteri, mereka juga tiada hak lagi menulis surat sokongan kepada pengarah atau pengerusi agensi kerajaan jika ada sesiapa datang meminta pertolongan.

Dalam waktu yang sama, tiadanya lagi amalan menulis minit itu seperti melepaskan menteri, timbalan menteri dan lain-lain penjawat itu daripada bebanan peranan menolong rakyat, meskipun ketika berkempen sebelum ini laungan meminta kuasa itulah yang dijerit ke sana sini.

Apa jadi akhirnya?

Akhirnya yang pasti ialah sistem parti menguasai kerajaan dengan sendirinya sudah pun terhapus dan yang benar-benar berkuasa dalam kerajaan sekarang tentulah ketua setiausaha, pengarah-pengarah, setiausaha bahagian dan penjawat kanan lainnya dalam kementerian itu.

Di peringkat agensi atau GLC pula, sudahnya yang benar-benar ada kuasa, walaupun setelah kerajaan bertukar tangan ialah ketua pengarah, pengarah urusan dan CEO yang bukan daripada kalangan orang politik.

Tetapi, siapa yang bertanding dalam pilihanraya dan siapa yang akhirnya dapat kuasa berganda secara percuma?

Sihatkah perkara ini kepada masa depan Pakatan Harapan?

Mampukah Pakatan Harapan terus bertahan dalam pilihanraya akan datang, sedangkan rungutan sudah semakin banyak kedengaran, malah ada yang sudah mula bosan dengan menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan yang tiada kuasa ini. (ShahbudinHusin 02/11/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena