Thursday 3 January 2019

[Video 25 imam dipecat, di Perlis] Bayaran guaman saman Sarawak Report! Pas minta tolong sangat-sangat, kena bayar peguam 2 minggu lagi.

Khamis, 3 Januari 2019
Image result for Gambar Derma tin milo
Kira bro...kira.

Image may contain: 3 people, people smiling, drawing

TS.

'Minta tolong sangat-sangat, kena bayar peguam 2 minggu lagi'


PAS merayu pertolongan umum untuk bantuan dana berjumlah RM400,000 bagi menyelesaikan kos guaman saman dengan Sarawak Report.
Naib presidennya, Idris Ahmad berkata, bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh dua minggu (mulai sekarang) kepada peguam di United Kingdom (UK).
"Minta tolong sangat-sangat. Bantuan untuk bayaran guaman saman Sarawak Report. Perlu RM400,000 lagi. Dalam masa dua minggu mesti jelaskan kepada peguam di UK.
"Wang terkumpul sekarang RM69,000. Perlu lagi RM331,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, kenyataan itu disebarkan di media sosial dan beliau ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan perkara itu.
Sebelum ini PAS melalui presidennya, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 April tahun 2017.
Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Abdul Hadi menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
Sementara itu Idris berkata, banyak lagi bil selepas ini sewaktu kes tersebut berjalan nanti.
"Sudah bayar hampir RM2.5 juta. Kempen sekurang- kurang RM10 seorang," katanya dalam kenyataan itu.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena