Friday 18 January 2019

[Video Perihal calon BN dan kempen Najib] PRK Cameron penting, jika Umno kalah? Bukan sahaja Melayu, Orang Asli pun sudah tidak percaya Umno lagi! Malaysia meluat dengan kenyataan Israel.

Sabtu, 19 Januari 2019

TITIK² PERPECAHAN PH SUDAH REDA...

Politik terkini sekurang kurangnya lebih stabil berbanding 4-5 bulan lepas..
Tiada lagi cakap² akan ada komponen keluar Pakatan untuk menubuhkan kerajaan campuran baru.

Tiada lagi cakap² undi tidak percaya kepada PM di parlimen.

Menteri juga sudah tahu tanah tinggi rendah dalam menjalankan tugas, sebagai  kabinet baru, boleh dijangkakan is tidak AKAN lancar Dan dapat memuaskan hati semua pihak, setakat 3 bintang dikira sudah bagus.
2019-2023 sewajarnya sudah tidak banyak alasan?

ISU kewangan Dan ekonomi adalah ISU yang PALING sensitif SEDANG dipertanggungkan kepada Lim GUAN eng Dan Azmin. Mereka menjadi Nadi Dan cermin keseluruhan prestasi PH sebagai kerajaan..

Perlu lebih baik dari kerajaan sebelum dengan dan pwrlu sifar rasuah?? ITU harapan rakyat Dan menjadi penentu di PRU15.

ISU POLITIK yang tidak AKAN selesai adalah bersekitaran Dan berputaran tentang Anwar GANTI Mahathir atau Azmin yang mendarat.

Tidak Ada jaminan ekonomi akan lebih baik walau siapa pun PM sekarang InI. Isu ekonomi negara kini  bukan isu krisis personaliti atau individu, tetapi isu global, wajar Tun teruskan untuk tempoh enam bulan lagi sebagai part and partial dua tahun.

PRK Cameron penting untuk wakil umno MENANG kerana peluang sangat cerah tetapi jika GAGAL, petandanya bukan sahaja Melayu, orang asli pun sudah tidak percaya umno.
Posted by 

Malaysia meluat dengan kenyataan Israel

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan rasa sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Yahudi.
Saifuddin berkata, selama lebih separuh abad, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin sambil melaksanakan dasar dan amalan tidak berperikemanusiaan yang jelas mencabul undang-undang antarabangsa.
“Israel tiada hak untuk bercakap tentang nilai moral apabila mereka sendiri bertindak sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan penyertaan atlet Israel dalam acara sukan antarabangsa yang dianjurkan Malaysia dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.
Pada 10 Jan lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan Malaysia kekal dengan pendirian tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Saifuddin juga mengulangi Malaysia sentiasa dan akan terus menjadi penyokong tegar perjuangan rakyat Palestin yang disokong oleh komitmen jangka panjangnya ke arah mengembalikan hak dan kebebasan rakyat Palestin. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena