Wednesday 2 January 2019

[Video RM20 juta untuk mansuh tol atau sebaliknya? Soal Najib] Mangsa pertama 2019 kantoi merokok! Tahniah la, anda mencipta sejarah & Larangan merokok: 1,453 surat amaran, 3,879 diberi nasihat.

Rabu, 3 Januari 2018

Larangan merokok: 1,453 surat amaran, 3,879 diberi nasihat

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Mangsa pertama 2019 kantoi merokok....
Tahniah la...anda mencipta sejarah...

Larangan merokok: 1,453 surat amaran, 3,879 diberi nasihat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,453 surat amaran bertulis dikeluarkan dan 3,879 individu diberi nasihat untuk hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makan yang berkuatkuasa sejak semalam.
Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 611 anggota penguatkuasa KKM semalam telah melawat 2,786 premis makan termasuk yang beroperasi 24 jam.
Dzulkefly juga menambah bahawa, sehingga jam 12 tengah hari tadi, pihaknya menerima 28 panggilan telefon berkaitan isu larangan merokok berkenaan.
"Pihak KKM pastinya akan meneruskan penguatkuasaan ini khususnya untuk tempoh enam bulan pertama, yang diistilahkan sebagai penguatkuasaan pendidikan secara menyeluruh bagi memastikan masyarakat benar-benar maklum dan memahami larangan ini," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Dzulkefly juga menegaskan bahawa tiada kompaun atau denda dikeluarkan semalam selaras dengan pendekatan mendidik bagi tempoh enam bulan.
Mengulas berhubung sambutan yang diterima pula, Dzulkefly berkata ia sangat baik dan mengujakan.
"Dari sudut sokongan, saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat seluruhnya dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberikan kerjasama.
"Begitu juga di media sosial. Sambutan sangat baik dan mengujakan. Kita harapkan ia berterusan dan tidak hangat-hangat tahi ayam," katanya.
Pada sidang media itu, Dzulkefly turut menjelaskan bahawa, selain talian telefon, pihaknya akan melancarkan penggunaan aplikasi Whatsapp bagi membolehkan orang ramai menghantar gambar dan membuat aduan berhubung larangan berkenaan.
"Cuma kita mahu perkara ini berlaku kerana kebertanggungjawaban," katanya.
Semalam, Dzulkefly menjelaskan bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan mendidik bagi tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan larangan merokok itu.
Larangan merokok dimumkan KKM Oktober lalu dan berkuatkuasa sejak semalam di semua premis makanan di seluruh negara.
Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.
Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.
Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.
mk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena