Saturday 19 January 2019

[Video Siapa bayar tiket Anwar ke luar negara?] 'Bagunan Salib' Mereka dapat publisiti percuma! Kau apa tau walaun? Mujahid - Bina pusat lepak untuk remaja yang tinggal di rumah sempit & Menteri Besar Johor di perairan neutral - Dr Mahathir

Sabtu, 19 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
Foto Ahmad Danny.
Ahmad Danny D4P 
Kami Viral

Bina pusat lepak untuk remaja yang tinggal di rumah sempit - Mujahid

TASEK GELUGOR, 19 Jan (Bernama) -- Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usaha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata isu remaja melepak di luar waktu adalah masalah yang diwarisi negara selama ini dan jika ia tidak ditangani boleh mendatangkan masalah lebih buruk.

"Pada saya deliberation perlu dibuat… bagi pihak kementerian kami di bahagian agama sedia bekerjasama dalam erti kata membuat pengisian-pengisian kepada remaja untuk kita bina peribadi mereka.
Bernama.

Menteri Besar Johor di perairan neutral - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berada di perairan neutral dan tidak menceroboh wilayah Singapura semasa lawatan ke atas kapal Malaysia pada 9 Jan lalu.

Mengakui lawatan Osman ke atas kapal pengawasan Malaysia di pelabuhan Johor itu tanpa kebenaran kerajaan persekutuan, Perdana Menteri berkata beliau terkejut dengan reaksi berhubung perkara berkenaan.

“Maksud saya reaksi terhadap beliau (Osman) ke sana agak keterlaluan seolah-olah beliau pergi berperang. Maksud saya beliau cuma ke kapal, ke perairan neutral,” katanya menjawab soalan seorang hadirin selepas menyampaikan syarahan di Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London, awal hari ini.

Hadirin itu bagaimanapun menegaskan Osman telah menceroboh perairan wilayah Singapura namun Dr Mahathir menegaskan kawasan tersebut adalah perairan antarabangsa.

“Ia bukan perairan Singapura, ia perairan antarabangsa dan menteri besar boleh pergi ke perairan antarabangsa tanpa memerlukan Singapura menghantar kapal perang untuk menghalau beliau,” katanya .

Semalam, Kementerian Luar berkata ia cuba menghalang Osman daripada melawat pelabuhan Johor Bahru, lawatan yang didakwa Singapura menyebabkan Osman menceroboh perairannya.

Osman menafikan beliau menceroboh perairan republik itu dan lawatannya ke atas kapal MV Pedoman pada 9 Jan lalu adalah untuk melihat sendiri pasukan keselamatan Malaysia melakukan tugasnya.

Singapura mendakwa Osman menceroboh perairan wilayahnya dan membuat bantahan menerusi nota diplomatik kepada Wisma Putra bertarikh 11 Jan selain mahu menangguhkan mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia yang dijadualkan pada 14 Jan.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena