Thursday 3 October 2013

Nik Aziz: Audit dunia bolehlah lepas...namun audit di Akhirat jika gagal melepasinya neraka balasannya!

Khamis, 3 Oktober 2013
Walaupun lepas di dunia...
Walaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.

"Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya," kata mursyidul am PAS hari ini.
NONE
Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily, Nik Aziz  juga berkata, "ketirisan berbilion ringgit wang rakyat" di sektor kerajaan itu akan terus berlaku selagi BN menjadi kerajaan.
"Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan juga berkata, wang itu, jika dapat diselamatkan pasti memberi banyak manfaat kepada berjuta-juta rakyat apabila digunakan untuk membantu perbelanjaan negeri yang sekitar RM500 juta setahun.Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena