Monday 17 March 2014

Gunung Bubu: Kehilangan 4 pelajar Kolej Vok.K.Kangsar... Jabatan Amal Malaysia dihalang membantu!

Isnin, 17 Mac 2014

Jabatan Amal Malaysia Perak yang ingin sama-sama membantu untuk mencari 4 pelajar yang dikhuatiri sesat ketika menurun di Gunung Bubu, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak dengan memberikan alasan sebab Jabatan Amal Malaysia adalah badan pertubuhan politik ....

Pulak dah!!!!!! .... Apa punya bangsatlah alasan diberikan .... jadi Pertubuhan politik tidak boleh membantu dalam kerja amal?????... pertubuhan politik boleh buat kerja apa????

Inilah apabila pemikiran politik amat sempit dan jumud menjadi amalan setengah pihak .. Nak bantu pun tidak boleh .. lagi pun Jabatan Amal Malaysia bukannya nak buat ritual pakai teropong buluh dengan bubu dan permaidani ajaib dan buah kelapa muda?????

Kerana anutan politik sempit sanggup halang pihak yang ikhlas nak membantu.

Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang, dikhuatiri sesat ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas di sini, dalam kejadian petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka ialah Muhammad Putera Rafii, Adam Asraf Azman, Muhammad Amir Asyraff dan Siti Azimah Mohd Fitri yang kesemuanya berusia 17 tahun.

"Guru pengiring membuat laporan mengenai kehilangan tersebut setelah menyedari mangsa tidak dapat dikesan sejak pukul 2.30 petang semalam," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Mereka merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru.

Ismail berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk pada 11.35 malam tadi.

Operasi bersambung semula pada 7 pagi tadi membabitkan 114 orang termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, polis dan orang awam.

Sehingga pukul 3 petang ini operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemukan keempat-empat pelajar terbabit.

Posted by 


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena