Monday, 10 March 2014

MH307: Dewan Ulama saran solat hajat... Pasport curi dikenal pasti!

Isnin, 10 Mac 2014
Teruskan mendoakan yg terbaik utk mereka...
Photo: Teruskan mendoakan yg terbaik utk mereka...

Kita Bantai Dot Info shared Que Ummi's photo.
Teruskan mendoakan yg terbaik utk mereka...

Gambar 12 krew MAS brtugas ketika penerbangan MH370..
#prayforMH370
 — with Ahmad Kamal.

MH370: Dewan Ulama saran solat hajat

     
KOTA BHARU: Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menyarankan masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan para penumpang dan krew pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau juga berharap umat Islam termasuk rakyat Kelantan bertenang menerima berita yang mengejutkan itu dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Menurutnya, doa serta munajat perlu dipanjatkan sentiasa bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberi kemudahan dalam mencari dan menyelamat penumpang pesawat terbabit.

“Semoga anggota keluarga mangsa bersabar menerima berita sedih ini serta mengambil maklumat dari pihak yang benar-benar sah agar tidak timbul sebarang spekulasi. Kita masih berharap semoga MH370 ditemui,”ujarnya.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman facebooknya berkata, kerajaan negeri turut mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu memandangkan pembantu juruterbang pesawat MH370 ialah rakyat Kelantan.

“Kerajaan Kelantan bersedia menghulurkan bantuan yang termampu untuk meringankan beban keluarga terbabit,” ujarnya.



Tak wajar Utusan Malaysia buat spekulasi pilot #MH370 bunuh diri. Ini tuduhan berat, pilot tu beragama Islam!


5 hours ago 

RAKYAT DIINGATKAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI..!!!

Sesiapa yang didapati membuat sebarang spekulasi akan didakwa dan dikenakan hukuman..

Tapi lidah umngok (Utusan) dipersilakan dan diharuskan buat apa jua spekulasi termasuk mengatakan juruterbang membunuh diri..

Sekian terima kasih kera..jaan umngok..



Penumpang MH370 guna pasport curi dikenal pasti

OLEH LEE SHI-IAN
MARCH 10, 2014

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dua suspek itu bukan lelaki Asia. Gambar fail.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dua suspek itu bukan lelaki Asia. Gambar fail.

Polis sudah mengenal pasti dua penumpang yang menaiki pesawat Malaysian Airlines MH370 menggunakan pasport curi.
Menurut sumber yang berkait rapat dengan siasatan itu, kedua-dua penumpang itu bagaimanapun tidak disenaraikan dalam laman web polis antarabangsa untuk penjenayah dikehendaki.
Bagaimanapun, penyiasat masih enggan mendedahkan identiti penumpang berkenaan dan langsung tidak mahu memberitahu kewarganegaraan mereka.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis mengenal pasti salah seorang daripada dua penumpang terbabit.
“Saya boleh mengesahkan dia bukan rakyat Malaysia dan bukan dari Xinjian, China,” kata Khalid kepada The Star.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata ada berita baharu mengenai dua suspek itu.
“Pasukan penyiasat kini melihat kepada kemungkinan suspek berkenaan terbabit dengan sindiket pasport curi,” katanya.
Azharuddin berkata, selepas melihat rakaman video yang diambil daripada CCTV di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kedua-dua suspek itu tidak kelihatan seperti lelaki Asia.
“Penyiasat sudah melihat rakaman itu dan mengenal pasti kedua-dua suspek itu tidak mempunyai ciri-ciri lelaki Asia,” katanya.
Bagaimanapun, Azharuddin enggan mengulas lanjut bagaimana rupa sebenar suspek berkenaan, jika mereka tidak menyerupai orang Asia.
“Saya tidak boleh mengesahkan identiti suspek,” katanya menolak untuk mengulas lanjut perkara itu.
Azharuddin berkata, selepas melihat rakaman daripada prosedur keselamatan di KLIA, beliau berpuas hati semua protokol keselamatan dipatuhi.
Beliau sebelum ini beberapa kali ditanya mengenai sama ada berlaku pelanggaran keselamatan atau kesilapan di KLIA.
Isu itu timbul selepas warga Itali dan Austria didapati masih hidup walaupun berada dalam senarai nama penumpang.
Bagaimanapun, susulan daripada kejadian pada Sabtu itu, Luigi Maraldi dan Christian Kozel kemudian tampil memberi penjelasan bahawa mereka tidak menaiki pesawat MH370.
Kedua-dua lelaki itu terdahulu pergi ke Thailand dan membuat laporan polis kerana kehilangan pasport.
Pesawat Boeing 777-200 yang dikendalikan Malaysia Airlines itu berlepas dari KLIA ke Beijing pada 12.41 pagi pada Sabtu.
Hubungan dengan pesawat bersama isyarat radarnya hilang pada 1.20 pagi ketika ia terbang melepasi ruang udara Ho Chi Minh di kawasan menara kawalan di Vietnam.
Pesawat itu membawa 12 anak kapal rakyat Malaysia dan 227 penumpang, termasuk 154 warganegara China dan Taiwan. – 10 Mac, 2014./TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena