Thursday, 14 May 2015

Lepas 13 tahun, Hadi sah di cabar...Kit Siang pula masih tunggu 'bukti' daripada Pimpinan PAS

Khamis, 14 Mei 2015

Lepas 13 tahun, Hadi sah di cabar apabila Ust Ahmad Awang menyerah borang pencalonan

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

""Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi (atas) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

PAS khususnya kumpulan proulama yang dipimpin Hadi berdepan kritikan sejak akhir-akhir ini kerana membuat keputusan kontroversi menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Kit Siang masih tunggu bukti dari Pimpinan PAS yang mengatakan beliau hina Islam di Kota Baru

 Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menuntut pihak yang menuduhnya menghina Islam dalam sebuah anjuran PAS di Kota Bharu Ahad lalu supaya mengemukakan bukti.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti.

"Tapi tak apa, saya sedia menanti 48 jam lagi sehingga bukti dakwaan tersebut dikemukakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga berkata sedia diperbetulkan kesilapannya sekiranya silap dalam ucapannya di ceramah perdana "Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan" itu.

"Sekiranya saya ada membuat sebarang kesilapan dalam ucapan saya di Kota Baru pada hari Ahad, sama ada dalam rujukan saya terhadap Sheikh Yusuf Al-Qardawi ataupun Rashid Ghannoushi, saya bersedia untuk belajar dan diperbetulkan. Tetapi tidak ada pun teguran memperbetulkan saya sepanjang 3 hari lalu.

Sebelum ini, ucapan Lim yang dikatakan mengkritik usaha pelaksanaan hudud di Kelantan dipertikaikan beberapa pimpinan PAS.

Sementara itu, pengguna media sosial mempertahankan Lim dan menyangkal kenyataan menuduhnya mengeluarkan ucapan menghina Islam.

Pengguna Facebook, @Pelaut Tua berkata: "Sya dgr ucapan lks dari mula sampai habis... apa yg kurang ajarnya... lks tak tentang hudud pun, tak anti Islam pun,.. soal boleh atau tak boleh laksana hudud dalam negara yg majmuk boleh dibincang kemudian."

@Afifi Albarr pula berpendapat seperti Lim, dengan berkata: "Tak faham, apa yang kurang ajarnya? Dia tak hina Islam, dia tak hina hudud, dia tak hina Muslim, dia tak hina PAS, dia cakap benda yang ulama Islam sendiri cakap."

Begitu juga @Norol Hayati: "Sy pun tak faham...kat mane dlm transkrip ucapan lks yg menghina Islam dan kenyataan yg kurang ajar? He makes effort to study and understand Islam... kita ni yg Islam bagilah contoh terbaik dan try to educate non muslim about the beauty of Islam... sy rasa malu pulak baca komen2 by nik amar sekiranya betul statement tu dtg dr dia."

Pada ceramah itu, Lim berkata DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud kerana ia dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mengakui DAP berusaha memahami isu hudud dengan menghantar rombongan ke negara Islam di Timur Tengah dan beliau sendiri membaca buku tulisan sarjana dan ulama Islam mengenainya.

"Kami ke Jordan dan Mesir berjumpa pelajar-pelajar kita di sana serta berbincang dengan tokoh-tokoh Islam.

"Di Jordan dan Mesir juga, yang majoriti umat Islamnya sangat tinggi, tidak ada hudud. Dan ada debat di sana (mengenai) patutkah utamakan hudud atau tidak," katanya di program yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – 14 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kit-siang-masih-tunggu-bukti-hina-islam-di-kota-baru#sthash.6qg4jrbx.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena