Friday, 15 May 2015

MUFLIS! PM bagi arahan untuk settle di luar? K'jaan BN ada duit lagi ka nak buat PRK ini...

Jumaat, 15 Mei 2015

PM bagi arahan utk settle di luar?? KUASA EKSEKUTIF BOLEH MELAWAN PERUNDANGAN??bkn kah ianya satu kesalahan jika kuasa perundangan d kawal oleh badan pentadbir.. Mmg jelas ROSAK & mudah jer campur tangan politik dalam institusi perudangan negara.. Kalau rakyat biase plak?? Mcm mana..

ADAKAH pilihanraya kecil bakal diadakan setelah jelas kemerosotan undi BN yg begitu ketara akibat penolakan rakyat ???

Jika PRK DUN Lenggeng ini diadakan, KERAjaan BN ada duit lagi ka nak buat PRK ini...

Ooops terlupa , sbyk RM1.3 BILION duit2 GST berjaya dikutip sehingga 30 April lps..

JANGAN LUPA, jika PRK diadakan pasti JANJI BN pd rakyat HARGA MINYAK AKAN KEKAL... HA!! HA!! HA!!


ADUN Lenggeng dedah sebab beliau diisytihar muflis


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi mendedahkan langkah itu adalah sengaja dilakukan untuk mengaibkan dirinya. 

Wakil Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu berkata, ada musuh yang mahu menyingkirnya sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak pernah mendapat apa-apa notis tuntutan dari pihak lain meminta saya untuk menjelaskan bayaran tertunggak.

"Jika mereka ikhlas, mereka boleh memanggil saya untuk membincangkan hal-hal berkaitan, " katanya kepada The Star pada Rabu.

Ishak tersingkir sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban pada tahun 2013 selepas 25 tahun menerajui jawatan itu kerana diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada 18 Mac lalu gara-gara gagal menjelaskan pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Bagaimanapun Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu. 

"Peguam saya menghantar permohonan untuk mengetepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis," katanya.

Ishak berkata masalah itu bermula selepas kontraktor yang membuat pinjaman sebanyak RM2 juta daripada Misran pada tahun 2007 dan gagal membayar pembayaran.

"Oleh kerana saya sebagai penjamin, beban itu jatuh pada saya. Saya telah membayar RM1.2 juta secara berperingkat-peringkat sejak itu.

"Ishak berkata, beliau hairan mengapa peguam Misran itu tidak menghantar notis tuntutan melalui pos berdaftar sebelum diisytiharkan muflis.

"Semua orang di kawasan saya tahu bahawa saya akan berada di sini beberapa hari dalam seminggu. 

"Tidak ada masalah untuk mencari saya di kawasan sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, Ishak berkata beliau juga telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 kerana perkara yang sama, tetapi berjaya diselesaikan.

Beliau enggan menamakan siapa yang mahu menyingkirnya sebagai Adun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar. - Mstar


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena