Wednesday 22 November 2017

[Video PAS FOR ALL bertukar kepada 'PAS FOR MELAYU'] Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe? Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised oleh China.

Khamis, 23 November 2017

Rakyat Zimbabwe mahu pemerintahan autoritarian berakhir

Foto sumber EPA - Sinar Harian


Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe

Malaysia bakal terima nasib serupa Zimbabwe
Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi ‘facts and figures’ tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe melalui syarikat milik kerajaan negara itu.

Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Nahuzubillah.China telah lama “melabur” dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012 yang mana China “membantu” membaikpulih 
rel keretapi di Zimbabwe.
Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua Afrika.
Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak AS$40juta kepada Zimbabwe.
Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah mengurusan ekonominya.
Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya Robert Mugabe.
Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.
Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.
Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.
Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat China dibayar dengan Remimbi atau Yuan. 
Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.
Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk ambil peduli ‘apa yang betul’ dan ‘apa yang salah’ dilakukan oleh kerajaan mereka.
Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati ‘bumper harvest year’ pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.
Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.
Jangan ketawa kan saya. Apa yang saya alami dari 1995 hingga sekrang, 21 tahun lamanya, sedang berlaku di negara ini. Kita akan dengar kata-katasaperti; “Zimbab dan Malaysia tak sama”;”Tidak akan berlaku di Malaysa” dan sebagainya.
Apa yang saya dengar itulah juga diungkapkan sejak 17 tahun yang lalu dari mulut menteri Zimbabwe.
Masalah sedang menunggu. Kalau masalah dari 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa Amerka. Sekarang ini apa yang  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib  Razak cuba lakukan ialah “cuba lari” dari Amerika) dengan mengunakan kuasa China. Tidak ubah seperti bidalan “cuba keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga”.
Dalil-dalil  yangg negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan kan terus berlaku dalam masa yang amat pantas.
Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti nilai mata wang seperti Dollar AS akan sukar didapati. Black market 
yang taboo kepada Bank Negara akan muncul.Budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku di Zimbabwe akan berlaku disini juga.
•Tarik subsidi kerajaan menyebabkan barang dapur jadi bertambah mahal.
•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dengan Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar denga matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dengan barangan buatan China yang rendah kualitidan substandard mutunya.
• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Malaysia kerana tidak yakin akan ditawarkan project kerana GLC China telah bertapak dengan kuat dan menguasai penjawat awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan pertukaran wang asing dalam 
negara yang akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.
• Credit rating negara akan menurun yang akan meyebabkan akses kepada modal asing menjadi sukar dan mahal.
Tunggu!! tidak lama lagi, di pasar raya kita hanya dapat membeli buah-buahan tempatan saja. Kalau ada epal dan anggur pun, didatangkan dari China.
Saya ulangi, apa yang g saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 21 tahun di Zimbabwe.
Apa ada untuk rakyat sesebuah negara sekiranya aset seperti letrik, air, rel, lebuhraya strategik, pelabuhan dan telekomunikasi dimiliki orang asing?.
Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised oleh China.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena