Tuesday 21 November 2017

[Video Kenapa UmnoBN Tak Berani Siarkan Kiraan Harga Petrol Di TV3 Biar Rakyat Faham] 'Protes Kenaikan Harga Minyak' Apa masalah DBKL dengan khemah?

Selasa, 21 November 2017

Apa masalah DBKL dengan khemah?

Apa masalah DBKL dengan khemah?

Tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang peserta protes bantah kenaikan harga minyak mendirikan khemah di persimpangan jalan menuju ke pintu pagar Parlimen mengecewakan Pemuda Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, penggunaan khemah sebagai struktur tidak kekal ketika aksi tunjuk rasa tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan.
“Kami Pemuda Pakatan Harapan kecewa dengan sikap berat sebelah DBKL yang menghalang kami mendirikan khemah sedangkan ia hanya tempat kami berteduh bagi membolehkan kami berhimpun di luar Parlimen.
“Aksi itu tidak bercanggah dengan peruntukan dan hak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lagipun, khemah bukannya struktur kekal yang menyalahi apa-apa undang-undang,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Kira-kira pukul 11.30 malam tadi, DBKL mengarahkan lima unit khemah yang dipasang diturunkan namun dua khemah kemudiannya dibenarkan sebagai hamparan bagi tujuan berkumpul selepas perbincangan antara penganjur dan pihak penguatkuasa terbabit.
Menjelang tengah malam itu, kira-kira 30 orang Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis NGO berkumpul di lokasi menghala ke kompleks bangunan Parlimen itu.
Mengulas lanjut, Faiz berpendapat larangan mendirikan khemah itu menggambarkan sikap kerajaan Umno-BN yang tidak menyenangi kebangkitan rakyat dalam membantah kenaikan berterusan harga petrol dan diesel sejak lima minggu lalu.
“Jelas, kerajaan bimbang protes sebegini boleh membangkitkan momentum rakyat untuk terus memprotes tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tanpa mempedulikan nasib rakyat yang begitu tertekan dengan peningkatan melampau kos sara hidup hari ini,” ujarnya.
Bertahan
Faiz Fadzil (kanan) bersama Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Ithnin di lokasi protes tengah malam tadi.
Sehubungan itu, Faiz menyeru orang ramai tanpa batasan politik dan ideologi untuk terus berkumpul di luar Parlimen sehingga petang esok.
Kehadiran ramai rakyat Malaysia, jelasnya, bagi mempertahankan hak rakyat yang berhak untuk mendapatkan nilai harga minyak rendah selaras dengan kejatuhan harga mentah minyak dunia.
“Kita harus terus mendesak kerajaan kembalikan subsidi minyak bagi menstabilkan harga minyak kerana wang yang dikutip daripada poket rakyat termasuk GST hendaklah digunakan untuk kebajikan rakyat.
“Hasil pendapatan negara bukannya bagi membayar hutang akibat penyelewengan pimpinan kerajaan Barisan Nasional terutama skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” tegas peguam itu lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Pakatan Harapan dilihat terus bertahan dengan aksi protes menjelang tengah hari ini dengan mengangkat plakad tertera ungkapan, “Kembalikan Subsidi Minyak RM1B” dan “Turunkan Harga Minyak”.
Pemuda Pakatan Harapan terus berada di persimpangan Jalan Parlimen pagi ini.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena