Thursday 23 November 2017

[Video Husam: Salahkah Beri 30 Minit Kepada Nozula & 'Kena hambat' Norzula terus menangis] TMB TIDAK PERLU BERPUSING JAUH.

Jumaat, 24 November 2017


TMB TIDAK PERLU BERPUSING JAUH

Kelulusan Akademi Yakin sudah diberikan kepada tiga syarikat berkaitan, berdasar surat bertarikh 3 Oktober 2016.
TMB tidak menafikan kelulusan ini.
Apa alasan Akademi Yakin memberikan kelulusan? Itu antara pertanyaan saya di DUN.
Kelulusan di peringkat Akademi Yakin adalah fakta yang tak dinafikan.
Satu dari syarikat ini mengalami kerugian RM 3.7 juta. Dua lagi tanpa rekod kewangan.
Bermakna kemampuan kewangan syarikat adalah meragukan. Tetapi kenapa AY luluskan?
TMB tak payah berpusing jauh.
Lagi pun, TMB sebagai Orang Besar JKuasa Tanah adalah juga Pengerusi Akademi Yakin. Orang yang sama.
PTG kemudian mengeluarkan surat arahan melalui AY supaya tiga syarikat membuat bayaran deposit berjumlah RM 4.683 juta . Surat untuk ketiga syarikat itu semuanya bertarikh 22 Mei 2017.
Bayaran deposit untuk dilulus atau ditolak?
Untuk apa bayar deposit berjuta-juta untuk permohonan ditolak?
Maknanya ia dalam proses kelulusan penuh. Bayaran deposit adalah syarat kelulusan penuh. Kelulusan dasar sudah selesai.
Termasuk dalam senarai bayaran itu ialah hasil tahunan, pendaftaran dan pengeluaran hak milik dan harga batu sempadan.
Batu sempadan apa kalau ditolak?
Percubaan meluluskan sudah ada.
Pendedahan saya menyebabkan kelulusan terbantut. Lalu TMB mula mereka cerita.
Mengenai hasil kayu yang kononnya jika ada akan ditender.
Mustahil laporan kedudukan tanah dan isi tanah tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh PTG dan Jabatan Hutan sebelum kelulusan diberi.
Jawapan untuk menender hasil kayu hanya datang selepas saya bangkitkan isu ini. Kalau tidak, hasil balak itulah ulam yg paling sedap…..
YB Dato Husam Musa
ADUN Salor,
23 November 2017

APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena