Wednesday 29 November 2017

[Video GERTAK serah petisyen turun harga minyak] Pelaburan di Filipina melonjak, tertinggi di rantau Asia Tenggara.

Rabu, 29 November 2017

Pelaburan di Filipina melonjak, tertinggi di rantau Asia Tenggara

Pelaburan di Filipina melonjak, tertinggi di rantau Asia Tenggara
Kadar bersih aset fizikal Filipina tumbuh sebanyak 10.4% pada 9 bulan pertama tahun ini berbanding Malaysia (6.9%) dan Indonesia (5.8%). – Gambar AFP, 29 November, 2017.

PENINGKATAN dalam perbelanjaan awam dan persendirian di Filipina menyebabkan pertumbuhan pelaburan kapital melebihi Malaysia, lapor Bloomberg.
Portal kewangan itu melaporkan yang kadar bersih aset fizikal di Filipina tumbuh 10.4% pada sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas. Sebagai perbandingan, kadar pertumbuhan Malaysia pada 6.9% sementara Indonesia pada 5.8%.
Laporan itu juga menyebut yang perbelanjaan Manila meningkat 28% bulan lepas, dan dijangka ia akan terus meningkat tahun depan.
Syarikat swasta juga lebih banyak berbelanja, misalnya Metro Pacific Investment Corp yang merancang untuk melabur sehingga AS$16 bilion (RM65.62 bilion) sehingga 2022 untuk projek jalan raya, air serta tenaga, sementara Ayala Land Inc meningkatkan perbelanjaan kapital sehingga AS$2 bilion tahun depan.
Presiden Rodrigo Duterte juga melancarkan projek mega landasan keretapi serta lebuh raya berharga AS$180 bilion di negara itu.
Lonjakan pelaburan ini menyebabkan Filipina mengalami pertumbuhan melebihi 6% antara prestasi ekonomi terbaik dunia.
“Dengan pertumbuhan yang menjana semua sektor, Filipina kini benar-benar menonjol dalam rantau ini serta ramalan juga menjadi lebih positif,” kata Eugenia Victorino, ahli ekonomi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd di Singapura.
Filipina kini berkembang pesat selepas ketinggalan di belakang jiran Asia Tenggaranya yang lain bertahun lamanya. Pertumbuhan kadar bersih aset fizikal secara puratanta adalah 14.4% sejak lima tahun lepas sehingga 2016, terpantas di Asia Tenggara dan hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding Malaysia, menurut Bank Dunia.
Duterte mahu menguba Filipina kepada negara berpendapatan sederhana tinggi sebelum berakhirnya penggal pentadbirannya pada 2022, dan visinya dikenali sebagai “Build, Build, Build”. Antara visinya termasuklah pembinaan landasan keretapi bawah tanah pertama negara itu serta 653km landasan keretapi ke selatan negara itu.  – 29 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena