Thursday 30 November 2017

[Video Forex: Mana pulak datangnya rugi RM21 bilion lagi? Kenapa baru sekarang edar laporan RCI Forex?'] Najib turut bersalah hanya diam tentang audit Bank Negara & 'NAJIB BUAT 'DO NO'! Pemimpin Umno semakin resah'.

Jumaat, 1 Disember 2017



Image result for Gambar Najib curi duit rakyat
NAJIB BUAT 'DO NO'!!! Pemimpin UMNO resah, BN kian lemah, rakyat makin marah.
rakyat marhaen - blogger

Najib turut bersalah hanya diam tentang audit Bank Negara

JIKA Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim bersalah kerana membenarkan urus niaga forex hingga kerugian besar, maka Perdana Menteri Najib Razak juga bersalah sebagai menteri kewangan selepas audit dijalankan pada 2007.
“Suruhanjaya kata sekarang perlu ada siasatan jenayah mengenai penyembunyian yang disengajakan tentang kerugian itu,” kata peguam Anwar, Sivarasa Rasiah kepada The Malaysian Insight dalam reaksi terhadap keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dibentangkan di Parlimen hari ini.
“Tidak dipertikaikan yang kerugian itu diaudit pada 2007 atas arahan (bekas gabenor bank pusat itu) Zeti Akhtar Aziz.
“Sudah pasti ia juga diketahui menteri kewangan pada masa itu iaitu Najib yang juga berdiam saja mengenainya. Jadi kenapa Najib tidak disyorkan untuk disiasat?”
Ketika pendengaran RCI, bekas pengarah Jabatan Akaun Abdul Aziz Abdul Manaf memberi keterangan beliau diarahkan menyediakan rawatan perakaunan.
Laporan itu, bertajuk rawatan kewangan mengenai kerugian berbangkit daripada pengurusan aktif rizab 1988-1994 dihantar kepada Zeti pada April 2007.
Daripada laporan itulah, panel RCI diketuai bekas pengerusi Petronas Mohd Sidek Hassan, mendapat jumlah kerugian RM31.5 bilion antara 1992 dan 1994. Laporan itu masih menjadi dokumen sulit.
“Isu kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) dibawa ke Parlimen pada 2012. Timbalan menteri kewangan membentangkan kerugian itu seperti dibentangkan oleh Anwar pada 1993 dan 1994.
“Kabinet dan perdana menteri Najib mempertahankan versi awal. Jadi kenapa itu bukan penyembunyian?,” kata Sivarasa.
Katanya, masa laporan itu dikeluarkan mengukuhkan lagi pandangan bahawa “proses itu berunsurkan politik”.
“Kenapa keluarkan laporan pada hari terakhir Parlimen dan kemudian menghalang ia dibahaskan? Kenapa ia tidak dibentangkan ketika Parlimen bermula pada 23 Oktober?
“Kami juga katakan dapatan itu bercanggah dengan sebahagian fakta sebelum ia didengar. Suruhanjaya juga tidak berusaha menangani fakta itu,” katanya.
Laporan RCI itu mendakwa Anwar, yang juga menteri kewangan pada masa itu, dengan sengaja menutup kerugian sebenar daripada kabinet.
“Mereka menetapkan bagaimana ketua audit negara membawa ia kepada perhatiannya tetapi mereka langsung mengabaikan fakta yang Anwar mengarahkan BNM untuk respons kepada ketua audit negara tentang rawatan akaun mereka.
“Mereka abaikan fakta yang ketua audit negara kemudian menandatangani akaun beraudit BNM yang terakhir.”
Sivarasa berkata suruhanjaya yang objektif sepatutnya akan melihat fakta itu dan menanganinya, dan bukan sengaja mengabaikannya kerana ia tidak selari dengan naratif.
“Mengabaikan fakta penting itu mengesahkan ada unsur berat sebelah,” katanya.
Ketika pendengaran RCI, Anwar dalam keterangannya berkata menjadi amalan kabinet untuk membincangkan hanya laporan audit akhir yang sudah ditandatangani ketua audit negara bagi mana-mana agensi dan tidak membincangkan proses dan dokumentasi audit.
“Sekali lagi semua ini diabaikan. Kami menolak laporan itu kerana ia membentangkan fakta terpilih dan untuk agenda politik.
“Berbilion dicuri di depan mata kita menggunakan 1MDB, Felda, Mara dan agensi lain. Nampaknya laporan ini akan digunakan sebagai cubaan menutup skandal itu. Kami tidak fikir rakyat begitu mudah diperbodohkan,” kata Sivarasa. – 30 November, 2017.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena