Thursday 30 November 2017

[Video WANG TABUNG TENTERA Bayar Hutang 1MDB Dirompak Jho Low Najib Sampai Tak Mampu Bayar Pencen] Pemuda Pakatan Harapan lancar gerakan kesan Jho Low.

Khamis, 30 November 2017

Pemuda Pakatan Harapan lancar gerakan kesan Jho Low

Pemuda Pakatan Harapan lancar gerakan kesan Jho Low

Kumpulan Gerakan Anak Muda Cari Jho Low terdiri daripada sayap Pemuda Pakatan Harapan dilancarkan hari ini membantu pihak berkuasa di seluruh dunia menjejaki dan menangkap lelaki paling dikehendaki dalam skandal 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 November, 2017.

KUMPULAN Gerakan Anak Muda Cari Jho Low dilancarkan hari ini dalam cubaan membantu pihak berkuasa di seluruh dunia menjejaki dan menangkap lelaki paling dikehendaki susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu ahli perniagaan Jho Taek Low.
Jurucakap kumpulan itu Faiz Fadzil yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah berkata kumpulan itu akan bekerjasama dengan organisasi hak asasi antarabangsa dan Bersih Global untuk menyebarkan maklumat betapa pentingnya mengesan dan menahan lelaki yang lebih popular dipanggil Jho Low itu.
“Negara ini berdepan krisis ekonomi, budaya dan sosial. Rasuah jadi berleluasa. Kejatuhan ringgit dan kenaikan kos sara hidup mencipta krisis keyakinan dalam kalangan rakyat Malaysia dan sebab utamanya ialah 1MDB,” katanya pada sidang akhbar di Bangsar hari ini.
Beliau berkata kerana kesedaran terhadap betapa 1MDB memberi kesan kepada Malaysia, gerakan itu membuat keputusan untuk membantu untuk memantau pergerakan Jho Low.
Faiz berkata menurut laporan berita Jho Low dikesan berada di Hong Kong, Thailand dan China. Kapalnya juga dilihat di Ahceh, Indonesia.
“Dia melarikan diri daripada polis Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Jadi kami akan meletakkan gambarnya di blog, media sosial dan portal supaya orang ramai akan tahu bagaimana rupanya dan berharap mereka akan maklumkan kepada kami.
“Kami juga akan meminta bantuan rakyat Malaysia yang ada di luar negara,” katanya.
Beliau berkata gerakan itu juga akan mengadakan forum bertajuk "Jho Low Dilindungi China Merah?" pada 6 Disember di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor. Antara panelnya ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah Mohamad Sabu, pemimpin PKR R. Sivarasah dan aktivis Hishamuddin Rais.
Nama Jho Low disebut dalam saman DoJ dan didakwa melakukan penyelewengan dana berkaitan dengan 1MDB.
Pendakwa raya di Singapura juga menamakannya sebagai individu utama dalam siasatan berkaitan 1MDB, menambah Jho Low menggunakan wang yang dijejaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Dalam dokumen mahkamah, pendakwa berkata Jho Low menerima sejumlah wang yang besar.
Menurut dokumen itu, kira-kira AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan 1MDB untuk pelaburan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dipesongkan ke dalam akaun bank dimiliki oleh Jho Low, yang kini menghilangkan diri.
Jho Low menafikan sebarang salah laku. – 30 November, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena