Thursday 30 November 2017

[Video Najib MENGAKU Terima RM2 6 Billion, Tapi ada Tok Alim kata TAK DAK BUKTI!] BN berdepan reaksi negatif jika Dr Mahathir didakwa.

Jumaat, 1 Disember 2017

BN berdepan reaksi negatif jika Dr Mahathir didakwa

BN berdepan reaksi negatif jika Dr Mahathir didakwa
Masih ramai percaya RCI kerugian forex BNM ditubuhkan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2017.

JIKA Barisan Nasional (BN) meneruskan tindakan untuk mendakwa Dr Mahathir Mohamad berkaitan kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) 30 tahun lalu, ia dijangka akan mencetuskan tindak balas negatif daripada rakyat yang akan memburukkan lagi BN.
Ini kerana, kebanyakan rakyat percaya bahawa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian itu, hanyalah berunsurkan politik, kata penganalisis.
Mereka berkata RCI itu ditubuhkan selepas Dr Mahathir menjadi pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak.
Mereka berkata sementara pentadbiran Najib sibuk menyiasat kerugian urus niaga wang asing bank pusat itu yang berlaku bertahun lalu, ia lembap pula dalam siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul dua tahun lalu.
“Jadi, dengan membawa Dr Mahathir ke mahkamah, BN akan berdepan tindak balas dalam pilihan raya kerana beliau masih sangat dihormati di negara ini atas jasanya membina Malaysia moden,” kata penganalisis politik bebas Dr Andrew Aeria yang juga bekas profesor madya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
“Adakah BN mahu mengambil risiko dengan menjadikan Dr Mahathir seorang syahid?”
Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata RCI itu kelihatan seperti ada unsur politik kerana tidak ada tindakan diambil terhadap skandal 1MBD.
“BN tidak boleh menggunakan RCI itu sebagai amunisi. Ia amunisi yang tidak ada kesan,” kata Hisommudin.
Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata RCI mengenai kerugian BNM itu kelihatan seperti ada unsur politik kerana kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap skandal 1MBD. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2017.
Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata RCI mengenai kerugian BNM itu kelihatan seperti ada unsur politik kerana kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap skandal 1MBD. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2017.
Dan jika BN mahu menggunakan dapatan RCI untuk mengenakan gabungan saingannya, Pakatan Harapan (PH) – di mana Dr Mahathir pengerusinya – ia akan lebih makan diri, kata Dr Faisal Syam Hazis.
“BN sudah hilang kewajaran untuk bercakap tentang tadbir urus yang baik ketelusan dan rasuah,” kata Faisal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Terlalu banyak tuduhan terhadap orang di dalam kerajaan tetapi masih tidak ada tindakan terhadap mereka. Tetapi bila ia membabitkan pembangkang, tindakannya cepat dan cekap,” katanya.
RCI yang cepat
RCI itu membentangkan laporan 524 halaman di Parlimen semalam di mana ia mendapati Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian RM31.5 bilion dalam urus niaga mata wang asing antara 1992 dan 1994.
RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat Dr Mahathir, bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.
Setiausaha RCI Dr Yusof Ismail membuat laporan polis di Putrajaya berhubung syor suruhanjaya itu.
Pengkritik mempertikaikan begitu pantas dan cekap kerajaan menyiasat kerugian forex itu berbanding kerugian dalam 1MDB dan agensi kerajaan lain seperti Mara dan Felda.
Siasatan terhadap kerugian forex bermula dengan pasukan petugas khas pada Februari. Pada April, mereka mengesyorkan supaya pentadbiran Najib menubuhkan RCI.
Pendengaran RCI dijalankan pada Jun dan 25 saksi termasuk Dr Mahathir, Anwar, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan penasihat Bank Negara Nor Mohamed Yakcop dipanggil.
Laporan siasatan itu diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 13 Oktober, dan dibentangkan di Parlimen semalam – kira-kira tujuh bulan selepas ia bermula.
Ia berbeza dengan kes 1MDB, di mana polis masih belum melengkapkan siasatan mereka walaupun pendedahan berlaku penipuan dan pengubahan wang haram mula timbul pertengahan 2015.
Peguam Negara Mohd Apandi Ali mengumumkan tidak ada bukti mencukupi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang sama ada wang diselewengkan dari syarikat pelaburan negara itu, atau tidak.
Kekurangan tindakan menghukum di Malaysia berhubung 1MDB sangat berbeza dengan Singapura, yang memenjarakan pegawai bank dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.
Sementara itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan memohon untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 bilion dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
Satu kajian dibuat banda anti rasuah terhadap urus niaga dan kerugian 1MDB mendapati syarikat itu ditubuhkan untuk mencuri berbilion ringgit daripada rakyat Malaysia.
Menikam diri sendiri
Faisal dari UKM berkata RCI itu mungkin menjadi salah satu isu yang akan digunakan ketika pilihan raya umum semakin hampir bagi membolehkan BN mempertikaikan kredibiliti PH.
Najib perlu mengadakan PRU14 sebelum Ogos tetapi petanda daripada pentadbiran kerajaan menunjukkan ia mungkin akan diadakan pada Mac atau April.
“Dr Mahathir ada banyak isu sepanjang 22 tahun memegang kuasa, seperti Ops Lalang. Jadi sudah pasti kita akan melihat banyak lagi isu seperti itu dibongkar,” kata Faisal.
Aeria berkata walaupun jika kerugian forex itu dijadikan isu, PH boleh pusing dan menggunakannya melawan BN.
“Kes mahkamah juga akan membuka ruang untuk PH mempersoalkan kepada Najib tidak boleh disoal di mahkamah tentang 1MDB.”
Hisommudin dari Ilham Centre berkata sebarang cubaan untuk mendakwa Dr Mahathir akan menarik undi simpati daripada pengundi atas pagar, yang membentuk 30% hingga 40% daripada daftar pengundi.
“RCI itu tidak ada daya tarikan dalam kalangan rakyat ketika kami menjalankan kaji selidik di Kuala Selangor, Sungai Besar dan Tanjong Karang.
“Kerana ia isu yang kompleks dan berlaku terlalu lama dulu, jadi rakyat tidak rasa dekat dengan isu itu,” katanya. – 1 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena