Tuesday 28 November 2017

[Video BUKTI PENYELEWENGAN MB JOHOR (umnoBN)~Desakan Siasatan SPRM] Kenapa SPRM tidak dakwa MB Johor?

Rabu, 29 November 2017

Kenapa SPRM tidak dakwa MB Johor?

Kenapa SPRM tidak dakwa MB Johor?

Lanjutan dakwaan isu rasuah yang membabitkan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor hari ini telah menghantar memorandum kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Johor.

Ketua Pemuda AMANAH Negeri Johor, Taqiuddin Cheman berkata, memorandum dihantar berikutan tindakan MB Johor yang mendiamkan diri terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

Menurut Taqiuddin lagi, memorandum tersebut dihantar bertujuan supaya SPRM memberi penjelasan sama ada kebocoran maklumat pendakwaan kes rasuah hartanah berlaku atau sebaliknya.
Taqiuddin turut membangkitkan persoalan, jika tuduhan itu benar, mengapakah MB Johor tidak didakwa di mahkamah oleh pihak SPRM.
“Kita maklum tiga hari lalu sebuah lama web bernama ‘Bongkar Rahsia BN Johor’ telah menyebarkan satu laporan berkenaan kes siasatan pengakuan seorang saksi yang terlibat secara langsung dalam skandal yang membabitkan MB Johor dan juga Datuk Abdul Latif Bandi yang disiasat atas skandal rasuah awal tahun ini.
“Dalam laporan ini saksi mengaku telah menjadi orang tengah untuk uruskan permohonan beberapa syarikat pemaju dengan mendapatkan sokongan daripada MB Johor agar Datuk Abdul Latif Bandi yang pada ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya meluluskan penukaran status tanah bumiputera kepada non bumi dengan bayaran komisyen,” kata beliau.
Dalam masa sama, Taqiuddin juga mendesak jika sekiranya perkara ini masih dalam siasatan, MB Johor perlu direhatkan kerana ia telah mencemarkan intergriti muafakat Johor yang selama ini diperkemaskan dengan matlamat memartabatkan rakyat.
Selain itu, SPRM telah memberi tempoh untuk memberikan jawapan kepada memorandum yang dihantar hari ini sebagai maklum balas terhadap isu yang membabitkan rasuah MB Johor ini dan perkara itu telah dimaklumkan kepada wakil Pemuda AMANAH yang hadir.
“Saya dimaklumkan bahawa pihak SPRM akan memaklumkan pada saya dalam tempoh tujuh hari bermula tarikh hari ini untuk memberikan jawapan dan keterangan berkenaan laporan yang didakwa oleh portal itu,” jelas Taqiuddin.
Pemuda AMANAH juga telah menyatakan bahawa selepas penyerahan memorandum ini akan ada gerakan seterusnya seperti laporan kepada pihak polis dan sebagainya bagi mendesak pihak MB Johor menjelaskan serta diambil tindakan sekiranya dakwaan itu benar.
Malaysia Dateline


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena