Sunday 26 November 2017

[Video Lagi ADUN PAS Kedah Minta Ahli PAS Sokong Pakatan] Ziarah Kasih dekatkan Pemuda PH Kedah dengan masyarakat tersisih.

Ahad, 26 November 2017

Ziarah Kasih dekatkan Pemuda PH Kedah dengan masyarakat tersisih

Asmirul dan pasukannya dalam satu program Ziarah Kasih.

Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah menjadikan program Ziarah Kasih sebagai jambatan untuk merapatkan mereka dengan masyarakat yang tersisih di Kedah.
Melalui program, mereka yang tersisih itu didekati dan diberikan bantuan untuk membolehkan mereka hidup dengan lebih baik di ketika negara menghadapi pelbagai jenis tekanan kos hidup yang melampau-lampau sekarang.
Ketua Pemuda Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah berkata, mereka memberikan perhatian serius terhadap pesakit kanser, pesakit kronik dan fakir miskin.
Dalam program ziarah kasih yang telah diadakan baru-baru ini, dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Cancer Survivors Malaysia serta Persatuan Thalesemia Malaysia seramai 100 keluarga terpilih dari kalangan keluarga pesakit serta fakir miskin telah diberi sumbangan.
Asmirul yang juga merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah berkata, sumbangan yang diberikan adalah berupakan barangan dapur, beras, gula, kopi, teh, minyak masak, bihun, biskut dan tepung gandum.
“Sumbangan yang diberikan ini adalah bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga pesakit dan fakir miskin yang begitu ramai dalam negeri Kedah khususnya bagi kawasan Dun Kubang Rotan.
“Dengan kerjasama NGO seperti Cancer Survivors Malaysia dan Persatuan Thalesemia Malaysia, ia banyak membantu golongan yang terpaksa menerima rawatan akibat penyakit yang mereka alami.
Asmirul (kiri) mendekati golongan tersisih.
“Lebih memudaratkan lagi, apabila kos ubat-ubatan semakin meningkat serta peruntukan perubatan yang dipotong oleh kerajaan amat menyusahkan golongan fakir dan miskin, ” jelasnya lagi.
Menurut beliau lagi, selain dari itu, Program Ziarah Kasih turut diperkembangkan dengan menziarahi warga emas yang terlantar sejak lima tahun lalu akibat serangan angin ahmar di Dun Kubang Rotan.
“Selain dari menziarahi warga emas tersebut, kita juga cuba membantu dengan meringankan beban serta kesulitan yang sedang ditanggung oleh mereka melalui beberapa kaedah sokongan yang direncanakan.
“Ziarah kasih juga tidak melupakan kediaman warga emas yang merupakan orang kurang upaya dengan menyampaikan sumbangan berupakan pakaian baru.
“Tinjauan yang dibuat turut mendapati Abdul Rahman yang mendiami rumah usang tersebut berada dalam keadaan yang amat daif apabila kediamannya semakin uzur dan tidak selamat, ” ujarnya lagi.
Tegas Asmirul lagi, Amanah Kedah bersama-sama dengan komponen dalam PH sedang mengenal pasti keluarga yang daif serta tidak mendapat pembelaan dari kerajaan negeri.
Malah katanya, berdasarkan program turun padang mendapati masih terdapat ramai keluarga fakir dan miskin yang tidak diberi pembelaan.
“Terdapat rumah yang tidak selamat untuk didiami, namun begitu tidak pernah mendapat sokongan dari kerajaan negeri.
“Selain dari itu terdapat juga keluarga miskin yang hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi tidak diberi perhatian sejak kerajaan negeri menerajui kepimpinan.
“Sehubungan itu Amanah bersama-sama dengan PH amat tersentuh dengan kesempitan hidup yang tidak diberi pembelaan oleh kerajaan negeri, ” katanya.
Sejajar dengan itu, PH akan memastikan bukan saja kerusi Parlimen Kuala Kedah kekal ditangan PH menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti, sebaliknya kerusi Dun Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor mampu dimiliki oleh PH bagi meneruskan pembelaan terhadap nasib golongan yang tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena