Sunday 19 November 2017

[Video Zimbabwe: Thousands celebrate end of Mugabe era] PERASUAH! Rakyat Zimbabwe pun dah bangkit...Mugabe dialukan ke Malaysia jalani rawatan perubatan.

Isnin, 20 November 2017

Foto Otai BERSIH.
Akhirnya rakyat Zimbabwe bangkit..!

Mugabe dialukan ke Malaysia jalani rawatan perubatan

Mugabe dialukan ke Malaysia jalani rawatan perubatan

Kerajaan tidak akan menghalang atau membantah bekas Presiden Zimbabwe Robert Mugabe untuk mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau dipetik berkata pendirian ini sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk mempromosikan pelancongan kesihatan di Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
“Kita tidak mempunyai bantahan.  Malaysia tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, “kata Dr Ahmad Zahid lapor The Star online.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan berita yang mengatakan bahawa Mugabe dan isterinya Grace mungkin datang ke Singapura atau Malaysia.
Bagaimanapun, Zahid mengesahkan bahawa Mugabe yang berusia 93 tahun itu telah berkunjung ke Malaysia beberapa kali untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.
“Berdasarkan rekod yang kami ada,  beliau  mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu,” katanya.
Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena