Friday 24 November 2017

[Video Boleh ke PAKATAN TUN Mahathir memerintah Malaysia?] Sarawak akan buat ‘pengumuman lengkap’ hak istimewa, MA63

Sabtu, 25 November 2017

Foto MJ Otai.
Sudah terlambat bagi parti UmnoBN piliharaya sudah hampir rakyat Malaysia melayu dan kaum lain sudah membuat keputusan akan mengundi Pakatan Harapan pada PRU14. Selamat tinggal UmnoBN...

Sarawak akan buat ‘pengumuman lengkap’ hak istimewa, MA63

Sarawak akan buat ‘pengumuman lengkap’ hak istimewa, MA63
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas berkata perbincangan dengan Ketua Menteri Abang Johari Openg berhubung perkara berkenaan dan beliau (ketua menteri) juga telah membincangkan perkara itu dengan perdana menteri. – Gambar Facebook, 24 November, 2017.

SATU “pengumuman lengkap” akan dibuat dalam masa terdekat berhubung langkah seterusnya diambil pasukan petugas khas peringkat tinggi untuk berunding semua perkara berkaitan hak-hak istimewa Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah Embas.
“Kami sedang mengadakan perbincangan dengan ketua menteri  berhubung perkara berkenaan dan beliau (ketua menteri)  juga telah membincangkan perkara itu dengan perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web inap desa Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak  (DCCI) di Kuching, hari ini.
Semasa diminta mengulas lanjut tentang perkara itu, timbalan ketua menteri hanya berkata “pengumuman lengkap itu akan dibuat kemudian”.
Kerajaan Negeri Sarawak mahu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai pasukan petugas khas persekutuan untuk berunding semua perkara berkaitan hak-hak istimewa negeri dan Perjanjian Malaysia 1963.
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg sebelum ini berkata pasukan petugas khas bagi kerajaan negeri Sarawak akan diketuai Uggah bersama-sama dua lagi timbalan ketua menteri Dr James Masing dan Awang Tengah Ali Hasan sebagai anggotanya.
Pada 9 November, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara menerima pakai usul yang memberi mandat kepada kerajaan negeri membentuk pasukan petugas khas peringkat tinggi untuk berunding dengan Putrajaya berhubung semua perkara berkaitan hak-hak istimewa negeri dan Perjanjian Malaysia 1963.
Terdahulu dalam ucapannya, Uggah menggesa masyarakat dan usahawan Dayak untuk mengikuti perkembangan terkini pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan kementeriannya untuk membangunkan sektor pertanian negeri.
Pelbagai usaha sedang dilaksanakan oleh kementeriannya untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar utama dan pengeksport produk makanan, katanya dan menurutnya Sarawak mempunyai tanah yang luas yang boleh dibangunkan untuk pengeluaran produk makanan. – Bernama, 24 November, 2017.
The Malaysian Insight.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena