Monday 20 November 2017

[Video KECOH Parlimen! SPEAKER MENIPU! Bila BN kalah undi (Harga Minyak Naik) & 52-51: MP Pakatan Harapan Kesal Sikap Berat Sebelah Speaker] BN menang tipis undi belah bahagi Bajet 2018.

Selasa, 21 November 2017

BN menang tipis undi belah bahagi Bajet 2018

BN menang tipis undi belah bahagi Bajet 2018
Timbul kekecohan selepas pembangkang cuba membuat undian ketika hanya beberapa ahli Parlimen BN hadir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 November, 2017.
KERAJAAN menang tipis perbahasan Bajet 2018 pada peringkat jawatankuasa dengan satu undi di Dewan Rakyat berikutan timbul kekecohan selepas pembangkang cuba membuat undian ketika hanya beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) hadir. 
Perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan untuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan baru saja tamat apabila ahli Parlimen Kapar G. Manivanan meminta undi belah bahagi kerana lebih ramai ahli Parlimen pembangkang hadir. 
Ahli Parlimen pembangkang mula menjerit "tutup pintu!" apabila Timbalan Speaker Ronald Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen BN dipanggil masuk.
Jeritan itu berlarutan apabila beberapa ahli Parlimen pakatan pemerintah mula masuk, selepas Kiandee mengumumkan rang undang-undang itu diluluskan dengan undian 52 ahli Parlimen menyokong, 51 menentang manakala dua lagi berkecuali.
Dua ahli Parlimen yang berkecuali ialah Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang).
Ronald berkata tiada peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat yang menghalang wakil rakyat lewat memasuki dewan untuk menyertai proses pengundian.
Ahli Parlimen pembangkang mula membantah dengan Ahli Parlimen Amanah Shah Alam Khalid Samad menjerit "Tipu! Tipu!" sebelum bertindak keluar dewan.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menerusi Twitternya ketika kekecohan itu berkata, "Lihat bagaimana proses undian di Dewan Rakyat terdedah apabila menteri dan ahli BN yang tidak hadir masih dibenarkan memasuki Dewan".
Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo berkata dalam peraturan mesyuarat, sudah jelas dinyatakan semua ahli Parlimen yang berada di dalam dewan saja dibenarkan mengundi.
"Apa yang kita lihat tadi, memang proses pengundian itu dilengahkan sehingga tiga menteri atau ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tiba ke saat-saat akhir.
"Ini bukan apa yang diperlukan melalui peraturan itu.
"Anda tak boleh tunggu sepanjang malam untuk ahli Parlimen yang lain untuk datang.
"Apa yang kita lihat sebanyak tadi adalah menyalahgunakan peraturan mesyuarat itu dan seperti yang saya katakan di Dewan tadi," katanya pada sidang media bersama ahli Parlimen PH yang lain.
Beliau berkata terdapat 53 ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat ketika itu. Bagaimanapun, dua daripadanya memilih untuk berkecuali. Tiga ahli Parlimen BN yang lewat hadir ke Dewan itu merupakan Ahli Parlimen Tenom Raime Unggi, Azalina Othman Said (Pengerang) dan Ismail Sabri Yaakob (Bera).
Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa berkata bunyi loceng selama dua minit itu menandakan semua ahli Parlimen diminta masuk ke Dewan.
"Sebelum mereka diberi masuk ke Dewan, di situ mulanya perkiraan. Tapi malangnya dalam proses tadi dia melengah-lengahkan sehingga memberi ruang sehingga speaker tengok waktu tu belum dapat cukup undi, dia tunggu lagi.
"Dia (Speaker) sudah ‘sign’ tetapi dia tunggu lagi yang masuk. Ini yang kita pertikai tadi sebab itu kami merakamkan rasa kesal kami.
"Kalau di dalam Dewan pun berlaku penipuan kiraan, bagaimana kita nak yakin dengan pilihan raya yang dilaksanakan," katanya.
Ini bukan kali pertama BN menang tipis undi belah bahagi ketika perbahasan bajet, mengulangi apa yang berlaku semasa perbahasan Bajet 2010 Ketika itu, BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan kelebihan tiga undi (66-63) bagi membolehkan Bajet 2010 diluluskan. – 20 November, 2017.

The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena