Monday 20 November 2017

[Video PBS AKAN TINGGALKAN BN~Rakyat Sabah Sedia Buat Perubahan] Tsunami of "Sabah Ubah"! Sabah tak perlu berbangga dengan bajet lebihan, kata Shafie.

Selasa, 21 November 2017

Tsunami of "Sabah Ubah" 
Foto Nicholas Nic.

Foto Nicholas Nic.

Foto Nicholas Nic.

Foto Nicholas Nic.

Foto Nicholas Nic.
 MA63 
Foto Nicholas Nic.
WARISAN Kota Kinabalu updates: Press conference which is led by Vice president of Party Warisan Sabah YB Junz Wong & YB Terrance to express disappointment that BN state government has once again rejected motion to debate on the matter of MA63 returning of Sabah right.

Foto Nicholas Nic.
Foto Nicholas Nic.

Sabah tak perlu berbangga dengan bajet lebihan, kata Shafie

Sabah tak perlu berbangga dengan bajet lebihan, kata Shafie
Kerajaan negeri Sabah harus menggunakan lebihan dana untuk membina lebih banyak kilang dan menyediakan peluang pekerjaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2017.

BAJET lebihan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sedangkan ramai warga Sabah masih perlu mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia, kata Shafie Apdal.
Mengulas mengenai Bajet Sabah 2018, yang dibentangkan pada Jumaat, presiden Warisan yang berada di Keningau hari ini, berkata tidak perlu lebihan dana apabila kerajaan negeri tidak berjaya mewujudkan peluang pekerjaan mencukupi bagi penduduk tempatan.
"Kerajaan negeri harus menggunakan wang itu untuk membina lebih banyak kilang dan menyediakan peluang pekerjaan. Mempunyai bajet lebihan tidak boleh dibanggakan.
"Apa erti mempunyai bajet lebihan sedangkan rakyat kita sendiri perlu ke Semenanjung untuk bekerja? Bajet itu harus digunakan untuk membantu orang kita sendiri."
Ketua Menteri Musa Aman membentangkan bajet RM4.104 bilion untuk negeri dengan lebihan sebanyak RM64.89 juta.
Mengenai perkara lain, Shafie berkata Warisan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mengatakan semua perkara mengenai pilihan raya sudah siap, termasuk senarai calon dan surat pelantikan.
"Kita memerlukan perubahan. Warisan mungkin tidak mempunyai banyak wang, mungkin hanya cukup untuk membayar deposit kami (untuk pilihan raya), tetapi kami akan mengenal pasti senarai calon sekarang dan ingin memastikan hanya calon yang boleh menang diisi.
"Kita mesti menang untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dari negeri ini."
Shafie mengulangi pendirian Warisan yang ia tidak akan membentuk pakatan dengan parti pembangkang lain, tetapi menyokong usaha Pakatan Harapan (PH) untuk merampas Putrajaya daripada BN.
Beliau memberi amaran tentang cabaran dalam menentang gabungan pemerintah, mengatakan perjuangan itu "bukan untuk orang pengecut" dan musuh menguasai semua "agensi dan jabatan kerajaan".
Lebih 5,000 orang menghadiri acara Warisan di Keningau, yang digambarkan sebagai "kemuncak perpaduan kaum Orang Sabah".
Beliau berkata jumlah mereka yang hadir membuktikan perpecahan antara kumpulan etnik keturunan Filipina, seperti Bajau dan Suluk, dan Kadazandusun Murut dapat dihapuskan. – 19 November, 2017.
 The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena