Thursday 30 November 2017

[Video Tender pasir pada anak saudara? Ini jawapan Azmin] Katakan saja tiada siapa yang sudi bangunkan Bandar Malaysia.

Jumaat, 1 Disember 2017

Image result for Foto bandar malaysia

Related image

Katakan saja tiada siapa yang sudi bangunkan Bandar Malaysia


Sehingga kini Bandar Malaysia (yang dulunya dimiliki syarikat dana berdaulat negara, 1MDB, namun kini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan) masih tidak menemukan pemaju induk yang sesuai untuk membangunkan tanah berkenaan.
60 peratus pegangan Bandar Malaysia sebelum ini gagal dijual kepada konsortium yang diketuai Iskandar Waterfront Holding (IWH) sehingga memaksa Bandar Malaysia Sdn. Bhd. – bekas anak syarikat 1MDB – untuk membuka semula bidaan projek berkenaan.
Ekoran kegagalan perjanjian jual beli itu, Bandar Malaysia dilaporkan memperketatkan syarat bagi membida projek berkenaan.
Sesebuah syarikat yang ingin membida perlulah termasuk dalam senarai 500 syarikat berprestij dunia seperti yang diperakui majalah perniagaan, Fortune dan menjana keuntungan 50 bilion untuk tiga tahun berturut-turut.
Apabila tender mula dibuka pada Mei tahun ini, Pengerusi Bandar Malaysia yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata bahawa tarikh tutup bidaan tender tersebut akan tutup pada 30 Jun dan keputusan akan diumumkan pada 14 Julai.
Namun sehingga Julai tidak nampak ‘bayang’ bahawa Bandar Malaysia akan dibangunkan oleh mana-mana pemaju.
Sehinggalah pada 23 Ogos lepas, Irwan memaklumkan bahawa enam syarikat telah ‘menyatakan minat’ dan telah melawat tapak projek berkenaan.
Pada 31 Ogos, Irwan dilaporkan berkata butiran mengenai pemaju induk yang akan membangunkan projek berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Namun berita yang ditunggu-tunggu tidak juga kunjung tiba. Sehinggalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membangkitkan sekali lagi perkara berkenaan di Parlimen pada 8 November.
Pun begitu, jawapan yang diterimanya amat mengecewakan. Irwan tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Tony sebaliknya menyatakan fakta yang semua sudah maklum, iaitu lapan syarikat telah ‘menyatakan minat’.
“Sekarang sudah jelas bahawa sejak Jun tahun ini, perkembangan yang kita tahu adalah enam ke lapan syarikat telah ‘menyatakan minat’ terhadap projek Bandar Malaysia walaupun sebelum ini katanya mahu mengumumkan keputusan bidaan projek itu pada 14 Julai.
“Kami (rakyat) menggesa Irwan mengesahkan bahawa semenangnya tidak ada mana-mana syarikat 500 Fortune membida untuk mendapatkan dan membangunkan Bandar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan harga yang terlalu mahal yang dipinta Kementerian Kewangan,” ujar Tony.
Apa yang ditunggu lagi Irwan? Jawab dan berterus-teranglah tentang status projek Bandar Malaysia, kami rakyat Malaysia tertunggu-tunggu, seperti menunggu tarikh undi untuk menghumban UMNO-BN ke blok pembangkang. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena