Friday 2 February 2018

[Video Kabinet Najib kurang wanita, kata Dr M] Wanita PKR sambut baik PH letak 30% calon wanita pada PRU14.

Sabtu, 3 Februari 2018

Image result for Foto Wanita Pakatan Harapan

Image result for Foto Wanita Pakatan Harapan

Wanita PKR sambut baik PH letak 30% calon wanita pada PRU14

Wanita PKR sambut baik PH letak 30% calon wanita pada PRU14

Langkah Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan 30% calon wanita dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah satu langkah yang baik dan telah terbukti diterima para pengundi, terutamanya pengundi wanita.
Ini bermakna, PH adalah pilihan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN), kerana wanita Malaysia akhirnya akan dapat peluang untuk mendapatkan lebih tempat sebagai pembuat polisi.
Demikian kata Ketua Wanita PKR, Hajah Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan medianya semalam.
Kata beliau, Wanita PKR berpuas hati dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mengiktiraf wanita dalam politik dan janji beliau untuk mengangkat peranan wanita sekiranya PH memerintah nanti.
“Kami bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir bahawa terdapat kurangnya kepercayaan dan keyakinan terhadap keupayaan wanita sungguhpun pada masa kini, majoriti graduan dari universiti untuk setiap tahun adalah wanita.
“Apa yang lebih baik lagi adalah cadangan Tun Dr Mahathir untuk menyediakan lebih 30% tempat bagi wanita dalam peranan sebagai pembuat keputusan.
“Dengan adanya lebih ramai wanita di dalam jawatan-jawatan penting ini, seperti menteri atau senator, nasib wanita Malaysia akan dapat dibela,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Para pimpinan wanita yang menjawat jawatan pembuat keputusan ini akan berupaya untuk memberikan maklumat dan maklum balas dalam isu-isu penting berkaitan wanita, tambah beliau.
“Ini adalah penting bagi memastikan setiap polisi dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan lebih inklusif.
“Dalam kes-kes seperti Indira Gandhi dan S. Deepa yang membicarakan tentang pertukaran agama, perkara ini tidak akan terjadi sekiranya wanita adalah pembuat polisi.
“Tambahan lagi, pemimpin wanita akan membawa isu-isu penting seperti menghalang perkahwinan kanak-kanak dan juga keganasan rumah tangga,” katanya.
MD.

1 comments:

Unknown said...

Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sahra Atifah biasa di panggil Sahra, dulu Saya bekerja di salah satu Seafood restaurant di Dubai, tapi saya sudah menyerah tinggal disana. Tapi saya tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya orang tua di kampung, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan website jobstkwluarnegeri.blogspot.com atau langsung lihat klik di sini. waktu itu saya buka alamat nya di google. Dan Kebetulan ada nama Mbah Suro katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri menhubungi langsung nomernya +6282354640471 dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rejekimu selama ini..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena