Friday 10 May 2019

Sultan S'ngor pula gantung darjah kebesaran Najib dan Rosmah! Kedutaan China tepis dakwaan Mokhtar Senik kebebasan beragama etnik Uighur [Video MASIH ISLAMKAH SAYA? - TUN M]

Jumaat, 10 Mei 2019
Jom Channel
1. 9 MEI - MENGIMBAS WARISAN YANG DITINGGALKAN 2. MASIH ISLAMKAH SAYA? SOAL TUN M KEPADA PAS 3. SETAHUN PAKATAN HARAPAN, PESANAN ANWAR IBRAHIM 4. SETAHUN SELEPAS KALAH, BAGAIMANA PRESTASI PEMBANGKANG?

No photo description available.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, teks
Tahun lepas Istana Besar Seri Menanti tarik balik serta-merta darjah kebesaran Najib dan Rosmah.
Kini giliran Sultan S'ngor pula gantung darjah kebesaran Najib dan Rosmah berkuat kuasai mulai 1 Ramadhan ketika umat Islam mula berpuasa ??!
Selepas ini Sultan/ Raja mana yg berani nak gantung/ tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Kedutaan China tepis dakwaan Mokhtar Senik kebebasan beragama etnik Uighur
 Kedutaan China di Malaysia, semalam menyangkal dakwaan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap masyarakat di negara ini.
Mokhtar menerusi hantaran di laman Facebooknya kelmarin, berkata masyarakat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kepada masyarakat Uighur di China.
Katanya, masyarakat Islam daripada etnik minoriti di negara tembok besar itu, dilarang untuk berpuasa dan mengamalkan amalan agama.
Sehubungan kenyataan dimuat naik  itu, Kedutaan China  tampil memberi penjelasan bahawa, kerajaan China sememangnya memberi sepenuh penghormatan terhadap semua aktiviti keagamaan dan juga adat masyarakat Islam sepanjang bulan puasa.
Katanya, pihaknya memelihara semua aktiviti beragama berdasarkan undang-undang, lebih-lebih lagi Ramadan adalah bulan baik dan suci bagi seluruh umat Islam.
“Pada masa sama, kami turut memperjuangkan kebebasan beragama di negara kami. Datang lah ke China dan melihat sendiri budaya China Muslim di negara tembok besar itu.
“Khabar angin yang tidak berasaskan itu adalah cubaan golongan anti-China dalam usaha untuk mencemarkan imej negara kami,” katanya menerusi laman Facebook Embassy of the People’s Republic of China in Malaysia yang turut memuat naik beberapa keping gambar mengenai umat Islam di negara itu
Kelmarin, Mokhtar yang juga merupakan Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, menulis mengenai isu keagamaan di laman sosial Facebooknya sehingga menimbulkan kontroversi.
“Terkenang saudara seagama di Uighur China. Mereka dilarang berpuasa dan mengamalkan amalan agama mereka. Moga saudara saya di Malaysia mengambil iktibar.
“Begitulah nasib kita jika negara ini diserahkan kuasa politik kepada orang-orang kafir. Tak kira apa jenis kafir mereka itu,” katanya.
Sebagai rekod, etnik Uighur adalah penduduk Islam berketurunan Turki  dianggarkan 11 juta orang berada di bahagian barat China.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena