Wednesday 1 May 2019

Tengok perbezaan Najib dan Tun M meniaga minyak sawit! DUIT PENCEN PESARA RAKYAT RM4 BILION pun engko SAPU SEKALI Najib! Janji Ditepati, syabas kerajaan PH [Video Saya tidak risau-Tinjauan Merdeka Centre Prestasi PH Merosot]

Rabu, 1 Mei 2019
KiniTV
Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak begitu bimbang dengan hasil tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini yang menunjukkan rating penerimaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan prestasi beliau sebagai Perdana Menteri telah merosot. Sebagai kerajaan memerintah, Mahathir berkata, PH memang menjangka ia akan dikritik dan kehilangan sedikit popularitinya. Menurut hasil tinjauan Merdeka Centre itu, rating penerimaan kerajaan menurun ke tahap 39 peratus pada 11 Mac lepas daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018, manakala prestasi Mahathir dalam mentadbir negara juga menurun kepada 46 peratus daripada 71 peratus pada Ogos 2018.Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak begitu bimbang dengan hasil tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini yang menunjukkan rating penerimaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan prestasi beliau sebagai Perdana Menteri telah merosot. Sebagai kerajaan memerintah, Mahathir berkata, PH memang menjangka ia akan dikritik dan kehilangan sedikit popularitinya. Menurut hasil tinjauan Merdeka Centre itu, rating penerimaan kerajaan menurun ke tahap 39 peratus pada 11 Mac lepas daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018, manakala prestasi Mahathir dalam mentadbir negara juga menurun kepada 46 peratus daripada 71 peratus pada Ogos 2018.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, sut

Jumlah eksport sawit mentah Malaysia ke China berdasarkan rekod Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB)
PAK LAH
2007: 3.84 juta tan
2008: 3.79 juta tan
2009: 4.03 juta tan
NAJIB
2010: 3.48 juta tan
2011: 3.98 juta tan
2012: 3.50 juta tan
2013: 3.70 juta tan
2014: 2.84 juta tan
2015: 2.38 juta tan
2016: 1.88 juta tan
2017: 1.92 juta tan
2018: 1.86 juta tan
MAHATHIR
2019: 2.26 juta tan (China berjanji membeli tambahan 400,000 tan sawit mentah setiap tahun)
Jika diteliti, pengeksportan sawit mentah ke China mencatat jumlah yang tertinggi pada era Pak Lah. Ini kerana Pak Lah telah mewarisi sebuah asas ekonomi yang kukuh dari pentadbiran sebelumnya, khususnya dalam industri kelapa sawit.
Kemudian Najib ambil alih dan jumlah sawit mentah yang dieksport ke China merosot dari tahun ke tahun. Dari hampir 4 juta tan pada tahun 2011, akhirnya Malaysia mencapai rekod terburuk pada tahun 2017 (1.92 tan) & 2018 (1.86 tan).
Ada beberapa sebab jumlah eksport sawit kita menjunam di era Najib. Antaranya kegagalan mengambil peluang mempertahankan kepentingan negara Malaysia serta faktor propaganda anti-sawit yang dijalankan negara-negara barat. Selain itu, China telah mula membeli sawit mentah dari Indonesia kerana kegagalan Najib bersaing bagi pihak Malaysia di pentas antarabangsa.
Mungkin ada yang kata, peningkatan 400,000 tan setahun yang dimeterai terbaru-baru ini bukanlah jumlah yang besar. Tapi sekurang-kurangnya kita di landasan yang betul. Daripada terus merosot, kita mula nampak pembaikpulihan.
Kita nampak usaha Tun membela industri kelapa sawit, peneroka FELDA dan stakeholders yang terlibat. Langkah-langkah awal ini merupakan asas kepada pencapaian ekonomi negara dalam tahun-tahun yang akan datang.
Ada juga yang kata, kononnya di bawah Najib, China telah bersetuju membeli kelapa sawit mentah dalam jumlah yang tidak terhad (unlimited).
Gunalah logik dan akal. Kalau betul China pernah bersetuju membeli sawit mentah dalam jumlah yang tidak terhad, macam mana jumlah eksport kita menjunam setiap tahun? Kalau betul China pernah bersetuju membeli sawit mentah dalam jumlah yang tidak terhad, kenapa Najib tak eksport habis kesemua stok-stok sawit mentah yang ada kat Malaysia?
Jawapannya mudah: Najib telah menipu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
TENGOK! Bagaimana wang² pencen pesara rakyat RM4 bilion diselewengkan dgn memasukkan RM42 juta masuk ke dlm akaun Najib secara senyap-senyap.
Termasuklah bayar kredit kad utk 'bershopping' di butik Chanel di Honolulu, Hawaii sejumlah USD130,625 (RM533,276).
Selain itu, turut dibuktikan penggunaan sejumlah cek untuk kerja² pengubahsuaian kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

(berdasarkan bukti & keterangan dlm perbicaraan kes pecah amanah jenayah, salah guna kuasa & ubah wang haram SRC International RM42 juta)

DUIT PENCEN PESARA RAKYAT RM4 BILION PON KO SAPU SEKALI NAJIB!
Itupun Umno & PAS bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15, kenapa?
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

3 comments:

len said...

POSTED IN BERITA
Saya tak curi wang KWAP RM4 billion!- Najib Razak
TTKM MAY 1, 2019 LEAVE A COMMENT



Kuala Lumpur, 1 Mei: Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Bossku menafikan tuduhan bahawa beliau mencuri wang sebanyak RM4 billion dari KWAP melalui syarikat SRC.

Tambah ahli parlimen Pekan itu, perkara tersebut merupakan propaganda oleh penyokong PH.



“Penyokong PH sedang cuba menularkan tuduhan bahawa saya telah curi RM4 bilion dari KWAP melalui syarikat SRC international. Propaganda mereka adalah berdasarkan tajuk berita sensasi yang berbunyi “Pihak bank mengesahkan dana RM4 bilion telah dipindahkan dari KWAP kepada SRC” – Najib Razak.

Beliau kemudian menjelaskan SRC International merupakan syarikat 100% milik kerajaan dan wang berjumlah RM4 bilion itu merupakan pinjaman KWAP kepada SRC yang dijamin kerajaan dengan faedah 4.3%-5.1% setahun.

“SRC International adalah syarikat 100% milik kerajaan. KWAP meminjam RM2 bilion pada tahun 2011 dan RM2 bilion lagi kepada SRC international pada tahun 2012. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan dan adalah untuk tempoh 10 tahun. Untuk lima tahun pertama, SRC hanya membayar faedah antara 4.3% hingga 5.1% setahun kepada KWAP. Pada tahun ke-6 iaitu pada tahun 2016 dan 2017 masing-masing, SRC mula membayar balik secara ansuran pokok (prinsipal) dengan faedah tahunan kepada KWAP.” – Najib Razak.

Tambah Bossku lagi, beliau didakwa menerima dana RM 42 juta dan bukannya didakwa menggelapkan RM4 billion.

“Saya didakwa menerima dana RM42 juta dari syarikat Ihsan Perdana pada akhir tahun 2014 dan permulaan tahun 2015 – iaitu TIGA tahun selepas KWAP meminjam kepada SRC. Saya BUKAN didakwa menggelapkan atau mencuri RM4 bilion dari SRC.” – Najib Razak.

Bossku turut melampirkan laporan tahunan KWAP pada 2017 yang membuktikan KWAP tidak mengalami apa-apa kerugian dari pinjaman RM4 bil kepada SRC International.

This slideshow requires JavaScript.

Lampiran ini adalah dari Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan dikeluarkan pada November 2018 iaitu selepas PH ambil alih kerajaan. Laporan tahunan ini jelas menunjukkan KWAP tidak mengalami apa-apa kerugian dari pinjaman mereka kepada SRC. KWAP dibayar oleh SRC tepat pada masanya setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat pinjaman. Malah, laporan tahunan 2017 untuk KWAP menunjukkan prestasi yang baik untuk tahun itu di mana pendapatan KWAP telah naik ke RM9 bilion berbanding purata RM6 bilion pada tahun-tahun yang lepas. Saiz aset KWAP juga telah naik RM16 bilion ke RM141 bilion berbanding RM125 bilion untuk tahun 2016 dan RM100 bilion pada tahun 2013.” – Najib Razak.

Beliau berkata demikian pada satu hantaran yang dinaikkan di laman facebooknya.


Pada Mei 2018, KWAP berkata SRC International masih tetap membuat pembayaran faedah biasanya setiap 6 bulan terhadap pinjaman RM4 bilion itu , menurut laporan The Edge Markets.

nick said...

Bangang! Kes najib berkaitan dengan kes ambil duit SRC sebanyak RM42 juta bukannya kes KWAP. Yang jelas bahawa Najib sudah membalun duit sebanyak 42 juta yang diterima dari SRC. Duit itu masuk terus kedalam akaun peribadi Najib. Next time kalau nak menipu dan membodohkan orang lain janganlah kamu sendiri yang bodoh Najib! Kes kamu adalah kes songlap duit SRC. SRC atas arahan kamu dan balaci2 kau telah memindahkan duit 42 juta tu ke akaun kau untuk kau berjoli dan bayar hutang kad kredit kau, hasil dari keborosan berbelanja di luar negara! Kes ini adalah kes pecah amanah dan pencurian duit SRC. SRC ni adalah anak syarikat 1MDB yang sudah terbukti bangkrap dan insolvent. SRC meminjam RM4 billion dari KWAP dan sekarang SRC sudah ditutup kerana kerugian yang besar, sapa yang akan bayar balik duit RM 4 billion tu ke KWAP? Kau nak bayar ke duit 42 juta yang kau dapat dari SRC, wahai Najib? RM 4 billion tu sapa yang nak ganti? Hasilnya, balik2 rakyat lah yang kena tanggung hutang yang kau buat tu, Najib. Dah lah hutang 1MDB 50++ billion rakyat terpaksa tanggung, ni tambah lagi rakyat terpaksa tanggung duit kau berjoli dan berbelanja boros dan juga kena ganti balik duit KWAP yang kena songlap! Memang celaka betul penyamun2 UMNO ni!

Nick.
Cape Tiger.

Cahaya kebaikan said...

Broad daylight robbery atau dalam bahasa melayu rompakan di siang hari. Selalu penyamun merompak ari malam. Ni sah sah siang ari tengoh terang benderang dia merompak. Tak tau la orang yg otak masuk air je yg tak faham kot

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena