Monday 8 July 2013

Azeez Baling merayu pengkritik beri peluangnya berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian...Hancus!

Isnin, 8 Julai 2013
Azeez Baling rayu diberi peluang urus TH
AzeezRahim_Rosmah


The Malaysian Insider menyebut yang Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji mendapat kritikan keras kerana hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib untuk menjadi Pengerusi menguruskan dana RM35 bilion TH.

Kalau bukan Azeez, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.

Azeez Baling juga menyebut supaya dirinya diberi peluang,
Segarkan ingatan anda...
 Manjungmari
“Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian”

“Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah”

“Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.

“Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat.” – Rujuk TMI
Entah apa sebabnya Kak Mah berkenan sangat melantiknya sebagai Pengerusi TH. Peluang untuk menyusutkan dana TH dan selepas ini pendeposit TH boleh berkira-kira tentang penyusutan dividen yang bakal mereka perolehi. Kalau dah cara lantik pun tak betul bagaimana nak berkat!!

Takkan nak lepaskan peluang, rayulah minta diberi peluang. RM100 000 sebulan yang bakal diperolehi, takkan nak biarkan!! EkELEH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena