Tuesday, 11 February 2014

Peristiwa mogok lapar tahun 1974 mungkin berulang?... Penoreh di Baling tidak puas hati...

Selasa, 11 Februari 2014
Penoreh getah di Baling Kedah meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah 

Photo: Mogok lapar mungkin berulang??/

Warga penoreh tidak di pedulikan??  
Nelayan mendapat subsidi sara hidup,Petani mendapat subsidi harga padi dan baja,wargakota mendapat baucer harian,kakitangan kerajaan dapat pembiayaan cola.....
Namun warga penoreh getah yang kini menoreh sambil menangis tidak di pedulikan oleh kerajaan pimpinan Bangkai Negara.
Dengan harga barangan keperluan yg meningkat beratus peratus,berbanding harga getah yg menjunam menyembah bumi,tiadakah subsidi harga getah atau harga lantai boleh di tetapkan oleh pemerintah.
Peristiwa mogok lapar tahun 1974 mungkin berulang untuk menyedarkan dunia betapa pemerintah zalim oleh Bangkai Negara yg hanya cenderong membela kroni yg  telah kaya raya...
Mogok lapar mungkin berulang?

Warga penoreh tidak di pedulikan??
Nelayan mendapat subsidi sara hidup,Petani mendapat subsidi harga padi dan baja,wargakota mendapat baucer harian,kakitangan kerajaan dapat pembiayaan cola.....

Namun warga penoreh getah yang kini menoreh sambil menangis tidak di pedulikan oleh kerajaan pimpinan Bangkai Negara.

Dengan harga barangan keperluan yg meningkat beratus peratus,berbanding harga getah yg menjunam menyembah bumi,tiadakah subsidi harga getah atau harga lantai boleh di tetapkan oleh pemerintah.

Peristiwa mogok lapar tahun 1974 mungkin berulang untuk menyedarkan dunia betapa pemerintah zalim oleh Bangkai Negara yg hanya cenderong membela kroni yg telah kaya raya...
 — with Thrasher Mujahid and 18 others.



Harga Getah Jatuh RM1.90 Sekilo, Kerajaan Pusat Patut Bertindak Segera


menoreh getahPenurunan mendadak harga getah pada kadar RM1.90 sekilogram bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya keadaan ini berterusan.

Ekoran tiada langkah proaktif dari Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah ini juga bakal mengakibatkan kadar pendapatan jatuh lebih rendah dari tahap kemiskinan.

Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, kengganan Kerajaan Pusat membuat kajian berhubung saranan ANAK supaya stok pengimbal diwujudkan sebagai persediaan berlakunya penurunan harga getah merumitkan lagi keadaan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), penurunan harga getah telah bermula .Kalau kita perhatikan sejak PRU 2008 dulu, ia berada di puncak kestabilan harga sama ada komoditi sawit dan getah.

“Tapi memang secara perlahan-lahan sejak tahun 2010 harga getah memang mula turun dan hari ini berada di suatu tahap rendah sekitar RM2.70 sekilo,” katanya kepada Selangor Kini.

mazlan aliman_1Minggu lalu, beberapa penoreh getah di Baling Kedah meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.

Harga getah dikatakan turun mendadak sehingga RM1.90 sekilogram hanya dalam tempoh beberapa minggu tahun ini.

Penurunan itu antara yang paling tinggi sehingga menimbulkan keresahan mereka yang mengusahakan tanaman ini.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 dan terbaru turun sehingga RM1.90 sekilogram.

Jelasnya, sehingga kini Kerajaan Pusat masih lagi tidak menyatakan tindakan bersepadu yang bakal diambil bagi mengatasi masalah pendapatan penoreh getah termasuk pemberian subsidi.

“Bila harga getah jatuh, satu faktor yang kita perlu faham, ada penoreh getah ini yang mereka tak toreh sendiri.

Mereka upah orang dan yang kelazimannya dibahagi dua, sudah tentu pendapatan pekebun-pekebun kecil begitu rendah.

“Untuk pemberian subsidi kita desak perincian segera perlu dibuat.

Saya percaya ramai pekebun dan penoreh getah yang memperoleh pendapatan dibawah RM500,” katanya lagi.
IdaMan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena