Tuesday, 11 February 2014

Ayam Berdarah: Buat Ancaman 'Majlis NGO Islam' Tak Disiasat, Pelakon Video Pula Yang Dikejar

Selasa, 11 Februari 2014

Laporan Polis Dibuat Terhadap NGO Himpunan 'Sembelih Ayam'

DAP dan Pakatan Rakyat (PR) Pahang hari ini membuat satu lagi laporan polis ke atas enam NGO Melayu yang membuat demonstrasi serta provokasi melampau di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Balai Polis Mentakab, pagi tadi.

“Tujuan saya membuat laporan polis supaya mereka dapat menyiasat tawaran ganjaran RM1,200 oleh pihak tertentu itu yang jelas melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 505 dan Seksyen 506 Akta Jenayah.

“Saya bersama rakan memohon kerjasama pihak polis untuk membuat siasatan segera dan sewajarnya terhadap sesiapa saja yang terbabit,” katanya.

tengku zulPada himpunan 5 hari lalu di Jalan Tun Perak berhampiran Puduraya, sekumpulan individu menggelarkan diri mereka sebagai Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia telah melakukan provokasi melampau yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Selain menyembelih dan melumurkan darah ayam terhadap sepanduk tertera wajah pemimpin DAP dan PR, mereka juga menawarkan ganjaran wang tunai kepada individu yang berani menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Insiden itu dikatakan sebagai respon terhadap klip video satira politik ‘Onederful Malaysia’ sempena Tahun Baru Cina yang dibuat Teresa.

“Kami juga amat dukacita di atas penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak menganggap perkara itu sebagai jenayah.

Sedangkan, ia merupakan satu perkara berbahaya dan memudaratkan keselamatan Teresa,” ujarnya.

Ketua Pembangkang DUN Pahang itu juga kecewa dengan kenyataan Zahid kerana seolah-olah beliau menggalak orang ramai melakukan jenayah.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak berkuasa agama Islam dan Istiadat Melayu agar dapat mengenakan tindakan undang-undang terhadap NGO terbabit yang jelas memburukkan imej agama.

- Roketkini

Polis belum lagi bertindak terhadap sekumpulan individu yang menggelar diri mereka 'Majlis NGO Islam', yang menawarkan ganjaran RM1,200 terhadap mereka yang berani menampar Kok.

H
anya di Malaysia, polis mengejar pelakon video, bukan samseng

Ada masanya polis sungguh cekap, seperti hari ini apabila mereka memanggil pelakon wanita untuk memberi keterangan tentang peranannya dalam video kontroversi Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. 

Ada masanya pula polis seakan-akan meleret untuk menyiasat jenayah seperti majlis NGO yang menyembelih dua ayam dan menumpahkan darah serta menawarkan ganjaran RM1,200 kepada orang pertama yang dapat menampar Kok.

Bagaimana pula dengan tugas polis yang sebenar, seperti memastikan kawasan awam aman dan selamat daripada samseng.

Tidak, sebaliknya, polis ingin menyoal Lim Ching Miau, 32, di ibu pejabat polis esok kerana klip video 11-minit yang memaparkan Kok sebagai pengacara feng shui menemu ramah tiga orang panel, membuat jenaka berhubung beberapa isu, termasuk sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan pengganas di Sabah tahun lepas.


Ahli Parlimen DAP itu sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan menggalakkan orang awam melakukan kerosakan awam, dan Seksyen 233 (1) (a) Suruhanjaya Komunikasi dan Akta Multimedia bagi salahguna rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Yang peliknya, polis belum lagi memberi status laporan ke atas mereka yang menawarkan ganjaran untuk menampar beliau, sesuatu yang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, katakan sebagai ancaman tidak serius.

Adakah beliau dan pihak polis sedang menunggu jenayah berlaku sebelum mengambil tindakan?


Atau ini disebabkan tiada lagi undang-undang pencegahan tahanan untuk digunakan daripada membuat penyiasatan sebenar seperti anggota polis di seluruh dunia sering lakukan?

Ataupun sebenarnya, berlakon dalam klip video, sudahlah tidak kelakar, adalah jenayah yang lebih serius daripada menghasut orang ramai untuk menampar seseorang?

Dalam negara mana-mana pun, memanggil pelakon tersebut untuk memberikan keterangan akan dilihat sebagai satu intimidasi.

Tetapi polis sepatutnya ingat satu perkara: rakyat Malaysia tidak lagi takut dengan ugutan atau intimidasi.

Parodi dan video satira politik akan terus dimuatkan di Internet, dan meletup - walaupun tidak disukai mereka yang dikritik secara terbuka dan mereka yang senang terasa dengan apa-apa yang mereka tidak persetujui.

Pihak polis sendiri patut melihat bagaimana tidak munasabahnya mereka menyoal orang yang terlibat dalam klip video atas dakwaan fitnah atau hasutan, daripada mencegah jenayah di luar sana.

Mereka juga akan melihat betapa ia tidak masuk akal bagaimana mereka belum lagi bertindak atas laporan polis terhadap ahli protes yang mengugut Kok, walaupun mereka sudahpun mengklasifikasi kes itu di bawah Seksyen 505 (c) untuk kerosakan awam dengan tujuan menghasut sesiapa untuk melakukan jenayah ke atas orang lain, serta Seksyen 506 untuk jenayah ugutan.

Rakyat Malaysia perlukan pihak polis yang tertumpu kepada pencegahan jenayah, bukannya lakonan yang teruk. -TMI

Pelakon video Teresa Kok beri keterangan polis esok

Pelakon dalam klip video Teresa Kok, 'Onederful Malaysia CNY 2014' adalah yang pertama dipanggil polis untuk memberikan keterangan ke atas penglibatan beliau dalam klip video yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Dipercayai pelakon tersebut, Lim Ching Mau akan berjumpa dengan polis esok di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) pada jam 2 petang untuk memberikan keterangan.

Kok melakonkan watak sebagai pengacara rancangan feng shui dan menemubual tiga ahli panel, termasuk Lim dalam klip video Tahun Baru Cina tersebut.

Tiga ahli panel itu mempersendakan pelbagai isu, termasuk isu keterangan sistem pendidikan Malaysia dan pencerobohan pengganas Sulu di Sabah tahun lalu.

Kok sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kerosakan awam dan Seksyen 233(1)(a), Akta Komunikasi dan Multimedia.

Lim, 32 tahun, memberitahu portal berita Malaysiakini bahawa beliau memainkan watak Lydia Shum, pelakon daripada Hong Kong, dalam klip video tersebut.

"Saya rasa rupa saya seiras dengan Lydia... saya menonton beliau sejak kecil lagi," katanya.

Beliau menambah, beliau sudah kehilangan banyak kerja lakonan berikutan kontroversi klip video Kok.

"Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin, saya kehilangan dua kerja dan kerja lain pula ditangguhkan. Ini menyebabkan saya kehilangan beberapa ribu ringgit," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata polis akan menyiasat klip video tersebut dan memutuskan sama ada ia merupakan hasutan atau fitnah.

Beliau menambah, sekiranya didapati bersalah, tindakan relevan akan dikenakan terhadap Kok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bahawa polis menerima sebanyak 300 aduan terhadap Kok tentang klip video tersebut.

"Kita sudah memulakan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara ini.

"Kita akan mengumpulkan dan meneliti semua laporan yang diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Klip video yang berunsurkan satira politik itu dimuat naik ke laman maya pada 27 Januari lalu.

Beberapa NGO Islam dan menteri Kabinet mengkritik video tersebut dan mendakwa video itu menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang masih belum menonton video tersebut, mengatakan bahawa Kok mempermainkan insiden pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Sulu yang mengorbankan 10 polis dan tentera Malaysia.

Bagaimanapun, polis belum bertindak terhadap sekumpulan individu yang menggelar diri mereka 'Majlis NGO Islam', yang menawarkan ganjaran RM1,200 terhadap mereka yang berani menampar Kok.

Ahli Parlimen Seputeh itu serta penyokong beliau membuat tujuh laporan polis, Jumaat lalu, kerana bimbang atas keselamatan dirinya.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain, dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata tiada siasatan lanjut diperlukan oleh polis, kerana tindakan NGO tersebut bukan satu ancaman.

"Tamparan bukan satu ugutan. Jika mereka mengugut untuk membunuh, maka ia satu ugutan," katanya.

NGO tersebut merancang untuk menganjurkan satu lagi protes jika ahli politik tersebut enggan mengubah sifat cauvinistik mereka. 
TMI (10.2.2014)


Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon
Pelakon yang membawa watak Puan Kat dalam klip video kontroversi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak gentar walaupun telah diminta untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 2 petang, esok.

Artis tersebut, Lim Ching Miau berkata, dirinya tenang walaupun kali pertama dipanggil untuk membantu siasatan di balai polis.

"Saya sebelum ini hanya melaksanakan peranan sebagai seorang pelakon (dalam klip video), jadi tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan.

"Saya juga akan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan membantu siasatan polis," kata pelakon tersebut yang lebih dikenali sebagai Miau Miau.

Menurutnya, seorang polis berpakaian biasa pernah berkunjung ke rumah lama dia pada pukul 11 malam sebelum ini tetapi perkara itu hanya dimaklumkan kemudian oleh jirannya.

"Apabila dimaklumkan mengenainya, saya rasa kurang selamat kerana memikirkan kes-kes penyamaran polis yang pernah berlaku sebelum ini.

"Selepas mengenal pasti bahawa polis yang mencari, maka saya dapat menguruskan apa yang berlaku secara tenang," katanya.

Ditanya sama ada kesal kerana menerima tugas dalam klip video Teresa, Miau Miau berkata, apa yang dia lakukan hanyalah memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelakon profesional.

Dalam pada itu, portal Malaysia Kini melaporkan Miau Miau menafikan dirinya membawa watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika melakonkan Puan Kat (Puan Ji dalam Mandarin) dalam klip video Teresa.

Miau Miau sebaliknya menyatakan dirinya sedang menyamar mendiang Lydia Shum iaitu seorang pengacara, penghibur dan pelakon Hong Kong yang terkenal dengan nama samaran Fei Fei (gemuk-gemuk).

"Saya tidak faham kenapa ia akan menjadi Rosmah, saya rasa diri amat menyerupai Lydia. Saya menonton rancangan Lydia sejak kecil lagi," katanya. 
MG

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena