Tuesday, 11 February 2014

Kempen Awal Kajang: SPR kata OK!... Polis Patut Henti Siasat Anwar...

Selasa, 11 Februari 2014

Kempen Awal : Anwar Tidak Langgar Mana-Mana Undang-Undang Pilihan Raya, Kata SPR.........Polis Patut Henti Siasat Anwar


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak berhubung isu berkempen awal kerana ketua pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sebelum hari penamaan calon, badan penggendali pilihan raya itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan karana tiada undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka berbuat demikian.

"Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Anwar," kata Abdul Aziz apabila dihubungi The Malaysian Insider di Shah Alam.

"Sekarang kuasa terletak kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Menurut Abdul Aziz, calon bagi PRK Kajang hanya dapat diketahui selepas Pegawai Pengurus, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman mengumumkan nama calon semasa hari penamaan calon pada 11 Mac akan datang.

"Itu pun kalau ada pertandingan. Kalau tak ada orang hantar borang penamaan calon? Macam mana?" soal Abdul Aziz.

Hari ini Majlis Peguam menggesa SPR mengambil tindakan terhadap parti yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata SPR harus menguatkuasa undang-undang, tidak kira sama ada terhadap Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

"Saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam kerana memberikan respon. Ini positif. Tapi mungkin mereka tidak faham.

"SPR hanya boleh menasihatkan sahaja kepada semua pihak agar tidak berkempen. Sebelum penamaan calon, kuasa di tangan polis," katanya.

Berita Harian hari ini melaporkan polis memulakan siasatan terhadap Anwar kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac.

Semantara Anwar menafikan langkah beliau melanggar undang-undang pilihan raya dan bertegas BN sudah melancarkan kempen agresif terhadap beliau melalui media kawalan mereka seperti TV3 dan Utusan Malaysia.

Minggu lalu, SPR menetapkan tarikh 23 Mac untuk PRK Kajang dan 11 Mac untuk hari penamaan calon.

PRK tersebut diadakan berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Adun Kajang, pada 27 Januari.
IdaMan

Photo: PENCACAI UMNO SUDAH MULA MENGAMPU UNTUK DAPAT KONTRAK BEKAL AIR MINERAL BN KEMPEN PRK KAJANG? 

Kah...kah..kah

PRK DUN KAJANG : 

Kempen awal calon PKR (anwar Ibrahim), penduduk buat Laporan polis (bukan penduduk tapi macai for ever)

Umno bn berkempen setiap malam dalam tv3 suku tu tak salah ker? Di negara demokrasi Lain, bila ditetapkan hari untuk berkempen barulah parti parti politik bertanding berkempen.

Tapi di Malaysia, belum apa2 lagi sudah berkempen menggunakan kemudahan kerajaan. 

Kalau nak mengampu tu biarlah berpada pada.. cakap sajalah kami hanya jadi pencacai umno menjalankan tugasan propaganda. Umno boleh 24jam kempen dikaca tv .. kamu tak melalak pula biawak oiii!

Demokrasi kah Negara kita dibawah regim setan iblis umno? Rakyat perlu menilai kan nya...

Ingat umno ingat macai kera!

-apages-
PENCACAI UMNO SUDAH MULA MENGAMPU UNTUK DAPAT KONTRAK BEKAL AIR MINERAL BN KEMPEN PRK KAJANG?

Kah...kah..kah

PRK DUN KAJANG : 

Kempen awal calon PKR (anwar Ibrahim), penduduk buat Laporan polis (bukan penduduk tapi macai for ever)

Umno bn berkempen setiap malam dalam tv3 suku tu tak salah ker? Di negara demokrasi Lain, bila ditetapkan hari untuk berkempen barulah parti parti politik bertanding berkempen.

Tapi di Malaysia, belum apa2 lagi sudah berkempen menggunakan kemudahan kerajaan.

Kalau nak mengampu tu biarlah berpada pada.. cakap sajalah kami hanya jadi pencacai umno menjalankan tugasan propaganda. Umno boleh 24jam kempen dikaca tv .. kamu tak melalak pula biawak oiii!

Demokrasi kah Negara kita dibawah regim setan iblis umno? Rakyat perlu menilai kan nya...

Ingat umno ingat macai kera!

-apages-
 — with Razie Shah and 36 others.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena