Tuesday 6 January 2015

1MDB makin tenat? Polis percepatkan siasatan sebelum semua rekod dimusnahkan - Tony Pua

Rabu, 7 Januari 2014
10 hrs · 
 

Lewat bayar PTPTN - Kena CCRIS
HUTANG 1MDB - Relax laaa !!!

PTPTIPU..
BN kan sayangkan rakyatnya. Sebab tu BN sentiasa 'IKAT HUBUNGAN' dengan rakyat lama2..

CEO letak jawatan, bukti 1MDB makin tenat
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Peletakan jawatan mengejut Mohd Hazem Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pelantikan serta merta Arul Kandasamy menggantikannya bukti ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat milik kerajaan itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, berdasarkan kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin baru-baru ini, Hazem sebenarnya dipecat dan dijadikan penyebab hutang syarikat itu mencecah RM42 bilion. “Jika tidak kerana prestasi buruk, mengapa ada pengakuan bahawa syarikat itu akan melakukan ‘semakan semula strategik’ dan mencari ‘alternatif kewangan’ lain?

“Lebih membimbangkan, Hazem hanya bekerja kurang daripada dua tahun dan CEO sebelum ini Datuk Shahrol Helmi juga telah ‘dipecat’ pada 22 Mac 2013. “Dua perubahan CEO dalam 24 bulan membuktikan prestasi lemah dan perniagaan mencurigakan untuk syarikat yang dibebani hutang itu,” kata Tony dalam satu kenyataan, hari ini. Tambah beliau, pemecatan Hazem dibuat selepas 1MDB dilaporkan gagal membayar semula hutang RM2 bilion yang dijadualkan November tahun lalu. “Hutang RM2 bilion ini sebenarnya merupakan sebahagian dari RM.5 bilion yang telah distruktur dan dijadualkan semula sejak November 2013,” ujarnya. Lodin dalam kenyataannya semalam menyatakan 1MDB akan melaksanakan ‘semakan semula strategik’ bagi meneroka dan menentukan langkah seterusnya yang membolehkan syarikat memaksimumkan pulangan. 

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menegaskan, beliau percaya pemecatan Hazem merupakan permulaan akibat tekanan ke atas 1MDB khususnya pelbagai laporan dari pemimpin UMNO sendiri terhadap salah urus dan amalan rasuah. Sehubungan itu, beliau menyeru pihak polis untuk mempercepatkan siasatan terhadap 1MDB sebelum semua rekod dimusnahkan.

 “Kami juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju agar syarikat tersebut diaudit dan memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi memastikan ketelusan serta tanggungjawab dalam pentadbirannya,” tegasnya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena