Mesej blogger Din Sharpshooter dari penjara
ASSALAMUALAIKUM
Salam Reformasi
Jika mereka fikir dengan memenjarakan saya, saya akan patah semangat, ternyata mereka silap orang.
Biarpun pada malam pertama saya dihumban di Block Damai bersama 9 orang penjenayah, bilik tiada lampu, tiada air, makanan selayaknya untuk anjing dan kucing, ini sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang.
Keesokannya saya dipindahkan ke Block INSAF bilik 34, betul² bersebelahan dengan bilik hukuman gantung sampai mati. Bilik tersebut juga tiada air. Sehinggalah hari selasa, saya dipindahkan ke blok RSD (Klinik Penjara).
Semasa di blok INSAF saya diasingkan atas ketegori keselamatan. Di blok RSD pun saya diasingkan seorang diri.
Saya mulai berpuasa hari isnin, hanya berbuka dan sahur dengan biskut kering dan air paip namun saya lebih terbayang dan terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan dan Pahang yang teruk mereka alami, semoga mereka tabah hadapi ujian ini.
Terima kasih saya ucapkan pada semua yang simpati, beri sokongan dan bantuan pada saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.
Saya cukup optimis, sang penguasa zalim akan tumbang juga akhirnya nanti. Tidak ada kerajaan zalim akan kekal selamanya.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu perjuangan akan diteruskan.
"BIAR JASADKU TERPENJARA, NAMUN JIWA TETAP MERDEKA"
Banduan Kajang,
Din Sharpshooter
15/1/2015
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/01/mesej-blogger-din-sharpshooter-dari.html#ixzz3OyWqva9v
0 comments:
Post a Comment