Monday 5 January 2015

Siapa 'MUSNAHKAN' Amanah Dana Awam duit rakyat RM250 JUTA... Rafizi atau kroni UMNO?

Isnin, 5 Januari 2015



Siapa sebenarnya yg 'MUSNAHKAN' amanah dana awam duit rakyat RM250 JUTA !!!.. Rafizi atau kroni2 UMNO?

Kalau guna dana awam & hasilnya menguntungkan rakyat & harga2 daging lembu di M'sia murah, rakyat tak marah.. TAPI apa hasilnya skrg !!!

Menjawablah kamu di akhirat kelak. Akan kami tuntut hak kami kelak..

Ada tak macai2 nak komen & bela 'lembu' 1 Malaysia?

Kes NFC: 'Rafizi musnahkan projek, keluarga saya' 

Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCCorp) Mohamad Salleh Ismail hari ini menafikan menyalahgunakan dana awam RM250 juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli lapan unit kondominium di KL Eco City.

Sebaliknya, beliau memberitahu mahkamah bahawa pendedahan yang dibuat oleh mantan pengarah strategik PKR Rafizi dan PKR bertujuan untuk menjatuhkan beliau, NFCCorp, mantan menteri wanita Datuk Sharizat Jalil dan kerajaan BN.

Perbicaraan penuh kes Saman Mohamad Salleh terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan mantan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berhubung pembelian lapan unit kondominium dijalankan di Makhamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam saman itu, Salleh berkata Nurul Izzah dalam sidang media bersama Rafizi pada 7 Mac 2012 membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi yang mendakwa beliau (Salleh) menggunakan dana awam NFCorp untuk mendapat pinjaman daripada Public Bank agar dapat membeli lapan unit kondominium di KL Eco City. 

“Walaupun masa itu tarikh pilihan raya negara masih belum ditentukan, namun ia telah terdekat dan ini sememangnya satu serangan terhadap saya, isteri saya dan kerajaan.

“Saya sangat sedih, seluruh projek saya telah musnah, keluarga saya juga, setiap orang seperti sudah mempercayai (dakwaan Rafizi),” kata Salleh sebagai saksi pertama kepada mahkamah. 

Menjawab soalan peguamnya Tan Sri Shafie Abdullah sama ada beliau menyalahgunakan wang dana seperti didakwa oleh PKR, Salleh menafikan sekeras-kerasnya. “Tidak ada langsung, saya langsung tidak sentuh wang dalam NFC”, katanya. Salleh berkata, Public Bank memang ada menawarkan pinjaman kepadanya untuk membeli lapan kondominium di KL Eco City tetapi tawaran ini tidak berjaya akhirnya.

“Public Bank telah menarik balik tawaran pinjaman pada 4 Januari 2012 sebelum sidang media yang diadakan oleh Rafizi dan PKR pada 7 Mac 2012,” jelasnya. Beliau berkata, kesemua pinjaman yang dibuat olehnya terhadap bank adalah melalui gadaian hartanah dan bukannya melalui gadaian dana awam. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

1 comments:

sarah adams said...

Moshi Moshi,
Hal ini untuk memberitahukan kepada masyarakat umum bahwa Mrs. sarah adams, pribadi
pemberi pinjaman kredit telah membuka kesempatan keuangan untuk
semua membutuhkan setiap
bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga sebesar 2%
individu, perusahaan
dan masyarakat secara jelas dan dimengerti
syarat dan ketentuan. kontak
kami hari ini melalui e-mail ke: (sarahadamsalakija@outlook.com)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena