Thursday, 1 January 2015

Twitter 'separuh masak' PM...Mengapa kerajaan UmnoBN tidak mengisytiharkan darurat?

Jumaat, 2 Disember 2014

Jawatankuasa penganjur Himpunan Tuntut Harga Minyak RM1.90 memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan itu kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara.
http://www.malaysiakini.com/news/284593


Antara topik yang menjadi perbincangan masyarakat Kelantan sejak banjir melanda di negeri itu lebih seminggu lalu adalah mengapa kerajaan tidak mengisytiharkan darurat?

Pesara guru, Osman Awang Hamat berkata, dengan suasana meruncing yang berlaku, perisytiharan itu sepatutnya dibuat.

"Bagi saya patut isytihar darurat sebab keadaan dikatakan meruncing di kawasan hulu khususnya di Kuala Krai. Nyawa mereka terancam," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan mungkin tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu menanggung implikasi kewangan yang banyak yang terpaksa dikeluarkan.

"Jadi untuk mengelak itu dia tidak isytihar " duga beliau.

Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam
Perkara 150.


Ia contohnya dalam Darurat Mei 1969, Darurat Komunis 1948, Darurat 
Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan) dan 
Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan 
Persekutuan).

Hasil daripada darurat itu, pucuk pimpinan negara diambil alih tentera, 
apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar 
Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya boleh ditangguh.

Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah 
Ordinan Darurat 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa 
bicara.

Tempoh darurat tidak terhad. Darurat Sarawak 1966, darurat Mei 1969 dan darurat Kelantan 1977 hanya dibatal pada tahun 2011.

Dalam erti kata lain, perintah-perintah tersebut bertahan selama berpuluh tahun!

Susulan pengumuman pembatalan darurat tersebut perdana menteri, Ordinan Darurat secara automatik dimansuhkan.

Darurat jerebu

Darurat bencana berbeza daripada darurat yang dijelaskan di atas. 
Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25
Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN.

Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat 
pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan 
Negara).

Contoh darurat bencana seperti berikut:

1. Darurat jerebu Sarawak 1997

2. Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara atau API lebih 500)

3. Jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750)

Kesannya pula seperti berikut:

1. Penggemblengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi atau Kementeriannya.

2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.

3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, RELA, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa kerajaan Persekutuan enggan mengisytiharkan darurat?

Pada hemat saya, terdapat beberapa alasan pokok melibatkan persepsi umum dan kos.

Dalam politik, persepsi umum penting untuk membolehkan rakyat terus menaruh keyakinan dan kepercayaan pada kerajaan.

Semua dalam kawalan?

Ayat-ayat seperti "semua dalam kawalan" merupakan jawapan dan respons yang lazim diberi oleh kerajaan.

Contohnya, isu seperti hutang 1MDB, hutang negara, kebocoran soalan 
UPSR, dan kini banjir pantai timur, bukankah semua ini dikatakan 'dalam 
kawalan'?

Tetapi adakah ia benar-benar 'dalam kawalan', terpulang kepada anda untuk menilai.

Perisytiharan darurat bukan saja menjejaskan kepercayaan orang awam, malah keyakinan pelabur asing juga akan terjejas.

Sebagai contoh, saham AirAsia menjunam gara-gara misteri QZ8501.

Selain itu, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan menambahkan beban kerajaan Persekutuan.

Semasa Najib berada di luar negara, RM50juta peruntukkan telah 
diluluskan dengan segera. Setibanya di tanah air pula, tambahan 
RM500juta diluluskan.

Jumlah sekarang sekurang-kurangnya RM550juta.

Ada yang tanya saya, tidakkah ini RM550juta ini cukup untuk mangsa? Tidakkah ia menambah beban kerajaan pusat?

Apa yang kalian perlu tahu adalah ini: Penambahan peruntukkan RM500j uta
tersebut bukan kesemuanya secara langsung diagihkan untuk mangsa banjir
pantai timur untuk membeli makanan dan minuman.

Dalam kenyataan Majlis Keselamatan Negara, RM500 juta ini diagihkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk 'the aftermath'.

Dalam erti kata lain, ia untuk membaiki jalan raya, jambatan, dan 
sebagainya. Sebahagian lagi peruntukkan ini juga disalurkan untuk 
persiapan musim banjir kelak.

Twitter 'separuh masak' PM

Insurans? Pada pendapat saya, kenyataan Twitter perdana menteri bersifat separuh masak dan mengelirukan.

Tuntutan insurans sebenarnya terpulang kepada polisi-polisi yang ditandatangani pembeli insurans.

Ada banyak orang kampung yang tidak mempunyai insurans yang melindungi rumah dan kedai mereka.

Jika ada pun, kebanyakkan insurans tidak melindungi kerosakan-kerosakan 
akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Akibatnya, kebesaran mungkin kerugian ini akan dikategorikan sebagai 'total loss'.

Justeru, tanpa perisytiharan sekalipun, mereka tidak akan dapat tuntut sebarang insurans.

Namun, ada pelanggan insurans yang membayar lebih untuk melindungi 
kerugian bencana alam. Untuk pelanggan-pelanggan ini, perisytiharan 
darurat tidak sama sekali akan menggugat kedudukan mereka.

Hal ini sedemikian kerana banjir ini berlaku sebelum perisytiharan dan 
kerugian yang dialami dikira kerugian akibat bencana alam.

Justeru, kerugian kelompok ini tetap dilindungi.


Pak Long Yun

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena