Tuesday 4 April 2017

[Video Bicara Rakyat di Bumi PAK MALAU Mersing] Sidang Parlimen 2 hari lagi! SEMOGA HADI TIDAK UZUR & Hadi mahu selamatkan Najib, bukan Malaysia'

Selasa, 4 April 2017

TEMPOH 2 HARI SIDANG PARLIMEN - SEMOGA HADI TIDAK UZUR 

ADA lebih kurang 3 hari lagi Sidang Parlimen. Bgaimana nasib usul pindaan RUU Akta 355? 

Dulu, ditangguh dua kali atas kehendak takdir. Berhimpun di Padang Merbok, lebai kata sejuta hadir. Jamil Khir, Menteri agama dan Timbalannya pun hadir untuk sampaikan 'Salam" Najib kat semua yg hadir. Bertempik "Takbir" mereka semua, Waktu tu hujan, Jamil Khir kata 'hujan rahmat' sebagai pertanda syariat Islam ini disokong oleh kerajaan. 

Sebelum itu, dalam Perhimpunan Agong Umno, Najib berucap dengan muka waraknya berkata, Umno dan Pas kini saling bersama untuk merealisasikan pindaan RUU Akta 355. Jamil Khir kat belakang bukan main kuat tepuk tangan. 

Kemudian, Zahid Hamidi menambahkan keceriaan para lebai yg mempercayai partinya itu ikhlas apabila mengumumkan pindaan RUU Akta 355 tersebut akan diambil alih oleh Umno. Sepantas kilat disambut oleh Takiyuddin, SUA Pas dengan menyatakan 'Memang wajar Umno ambil alih". Ertinya, dia akui isu ini hanya akan berjaya jika kerajaan sendiri setuju dan bawa. Benda ni dah lama kawan2 dlm PR dulu beritahu. 

BN pun bermesyuarat. Dap tak ada dalam mesyuarat Bn dan tidak pun dijemput. Hadi pun tak dijemput walaupun dia mendakwa dia 'Penasihat". Di sini baru kita tahu 'siapa' penasihat Umno sebenarnya. Hadi tak laku pun, dan tiada nilai pun di sisi Umno. 

Selepas mesyuarat, selamba je Najib beritahu Bn buat keputusan sebulat suara bahawa Pindaan RUU Akta 355 itu diserahkan kepada Marang, yakni Hadi. Maksudnya, tak jadi kerajaan nak bawa. Maksudnya, "Aku kencing hang sebelum ini". 

Apa pun, kita harus terima apa yg berlaku, Memang kita simpati apabila bekas kawan kita ni kena kencing dan ditipu. Tapi prinsip "Biar ditipu, asalkan tidak menipu" adalah pegangan mereka, kita nak buat macam mana? Lagipun, ditipu berkali2 tidak berdosa katanya, cuma mungkin bodo je lah. 

Kesimpulannya, kita harap dalam tempuh tiga hari ini, jangan ada mana2 pihak yg mandai2 jemput Hadi untuk men"tahnik'kan budak baru lahir. Kasi dulu peluang untuk Hadi hadir di Parlimen untuk baca apa yg dia nak bawa. Kita juga berdoa agar Hadi dijauhkan dari penyakit 'tangguh'. Walaupun kita tahu, biar berbuih sekalipun Hadi baca, kalau kerajaan tak minat langsung, ianya umpama mencandat sotong dalam perigi buta. 

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 4:02 PTG 2 

ULASAN: 

Tanpa Nama4 April 2017 4:52 PTG KENE KENCING DGN UMNO PERKARA BIASA BG PAS Balas 

Tanpa Nama4 April 2017 5:13 PTG 
Kah kah kah kah...Cantik ayat tu "Kesimpulannya, kita harap dalam tempuh tiga hari ini, jangan ada mana2 pihak yg mandai2 jemput Hadi untuk men"tahnik'kan budak baru lahir. Kasi dulu peluang untuk Hadi hadir di Parlimen untuk baca apa yg dia nak bawa. Kita juga berdoa agar Hadi dijauhkan dari penyakit 'tangguh'. Walaupun kita tahu, biar berbuih sekalipun Hadi baca, kalau kerajaan tak minat langsung, ianya umpama mencandat sotong dalam perigi buta" 

'Hadi mahu selamatkan Najib, bukan Malaysia'


Sikap berdiam diri Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan presiden PAS itu tidak berminat dengan nasib Malaysia, kata veteran pembangkang, Lim Kit Siang.
"Hadi menjelaskan di mana pendiriannya mengenai isu 1MDB- yang dia mahu selamatkan Najib, bukan selamatkan Malaysia.
"Adakah ini sebab Hadi tidak mengutuk atau mengkritik Najib dalam skandal 1MDB, walaupun ia adalah ibu segala skandal kewangan di Malaysia, dan dianggap sebagai skandal kleptokratik terbesar dunia? Soalnya.
Dalam ucapannya malam tadi di Changkat Jong, Perak, Lim bagaimanapun memberi amaran bahawa isyarat akar umbi PAS dan Umno menunjukkan mereka tidak mengikut pemimpin secara membuta tuli.
Beliau memberi contoh berita kekalahan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz di Pengkalan Chepa PAS dan kegagalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mermpertahan jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Lim berkata, pemimpin PAS dan Umno tidak boleh menganggap ahli-ahli parti itu akan mengundi mengikut kehendak dan arahan mereka, tanpa mengira keadaan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena