Tuesday, 4 April 2017

[Video] Lim soal Najib, berapa kali kamu jumpa Jho Low?

Selasa, 4 April 2017

Lim soal Najib, berapa kali kamu jumpa Jho Low?



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menimbulkan apa yang disifatkannya sebagai soalan mudah dan jelas, kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada sidang media di Parlimen hari ini, ahli parlimen Gelang Patah itu menyoal berapa kali Najib pernah berjumpa dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia Jho Low yang menjadi tumpuan susulan skandal 1MDB, selepas pilihan raya umum lalu pada tahun 2013.
Sambil menuntut untuk jawapan "di mana dan bila" pertemuan itu diadakan, Lim juga menyoal Najib jika beliau berjumpa dengan Low semasa lawatan rasmi terakhirnya ke China pada November 2016.
Lim juga mahu tahu apa yang dibincangkan pada perjumpaan itu, jika benar ia diadakan.
"Dan apa yang mereka bincangkan semasa perjumpaan selepas pilihan raya umum ke-13, apabila Low sama sekali ditolak oleh rakyat Pulau Pinang walaupun menghabiskan sepuluh juta ringgit untuk menjatuhkan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri dan kerajaan negeri pimpinan DAP,” katanya.
Lim juga menyoal sama ada Najib berani untuk mengakui bahawa dirinya tidak pernah berjumpa Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, selepas pilihan raya umum lalu.
Ahli politik veteran itu juga menjadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, sebagai sasaran bidasannya.
"Bolehkah rakyat mengharapkan pengarah Komunikasi Strategik BN (Abdul Rahman) menyampaikan soalan ini kepada perdana menteri dan bukannya terlibat dalam kempen fitnah dalam usaha melakukan 'pembohongan strategik'?" sindirnya.
Lim menuduh Umno dan BN melancarkan kempen yang dirancang untuk memburuk-burukkan beliau.
Buktinya, kata ahli parlimen Gelang Patah itu, Utusan Malaysia menggunakan logo khas dengan gambarnya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Sabu, dengan kata-kata "Asalkan Bukan Pakatan Kit Siang".
Logo itu, kata Lim, bertujuan untuk menunjukkan bahawa beliau selaku "tuan" manakala pemimpin lain dalam pakatan pembangkang adalah "macai" beliau.
"Saya ingin membuat rayuan kepada pemimpin Utusan Malaysia dan Umno - jangan hina atau memburukkan bangsa Melayu sendiri dengan mencadangkan bahawa pemimpin Melayu yang pernah menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri, presiden atau timbalan presiden Umno, adalah pemimpin yang bermoral rendah atau berkaliber mampu menjadi boneka atau tali barut selepas meninggalkan jawatan mereka," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena