Monday, 10 April 2017

[Video SEMINAR PEMIKIRAN TG NIK ABD AZIZ] Nik Aziz kukuhkan akidah, tiada kompromi terhadap korupsi.

Isnin, 10 April 2017


Nik Aziz kukuhkan akidah, tiada kompromi terhadap korupsi

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menekankan kedua-dua nilai akhlak dan akidah dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan segala macam korupsi. 

"Beliau adalah cantuman antara akhlak dan akidah yang selalu saya sebut dalam ucapan-ucapan saya. 

"Pemimpin-pemimpin Islam bercakap soal akidah tetapi akhlak tiada. Orang Islam di Malaysia memperjuangkan soal akidah, itu bagus. 

"Tapi akhlak Islam ada pada orang Korea sebab mereka bangun lawan rasuah sehingga setiap Presiden mereka yang terlibat rasuah dihumban keluar. 



"Ini akhlak Islam yang ada pada orang Korea tapi akidah ada pada orang Islam," ujarnya yang dikenali sebagai Mat Sabu. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau menganggap golongan yang memperjuangkan syariah juga tidak mengambil berat isu korupsi. 

"Soal rasuah balasannya neraka tidak diambil berat termasuk mereka yang memperjuangkan hukum syariah itu sendiri. 

"(Mereka) tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama untuk mereka lawan. "Itulah yang berlaku di dunia Islam secara umum sekarang ini menyebabkan mereka terbelakang. 

"Hasil minyak yang dianugerahi Allah di dunia Islam terbakar begitu saja tidak dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dan manusia sejagat," jelasnya. 

Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, Amanah akan meneruskan perjuangan Tuan Guru Nik Aziz. 

"Kita mempertahankan akidah dan menjelmakannya dalam akhlak. Dalam soal urus tadbir yang baik mesti ditekankan. 

"Nama parti Amanah itu melengkapi apa yang dikehendaki Tuan Guru Nik Aziz sendiri," katanya. 

Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas turut berkongsikan antara pengalamannya bersama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. 

"Sebarang aduan yang sampai kepadanya, beliau dengar dulu tidak beri komen segera. 

"Selepas beberapa hari, dia akan beri pandangannya. 

"Bila dia puji di khalayak ramai, bila tegur, beliau panggil secara bersemuka," tambahnya lagi. 

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. 
Turut menjadi panel pembentang Penyelaras Anwar Ibrahim Research Institute (AIRIS), Ustaz Wan Ji Wan Husin dengan didahului ucaptama oleh Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa. -MD 

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena