Thursday, 13 April 2017

[Video ZAHID nasihat ZAHID untuk BERUNDUR segera] Hisham 'PM M'sia' & Menteri 'AMARAN' & Tugas-Tugas Khas (Menyebabkan 'Israel terkencing dalam seluar!')

Khamis, 13 April 2017

Zam - Secara Tak Langsung Hishammuddin "Perdana Menteri Malaysia"


Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainudin Maidin berpandangan kerjaya politik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya sesuai sekadar sebagai timbalan perdana menteri sahaja.

Mengulas pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, beliau berkata Ahmad Zahid akan hanya menjadai timbalan buat selamanya, itupun jika beliau tidak menderhaka.
“Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri..
“Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Ahmad Zahid hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi timbalan perdana menteri buat selamanya, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu dalam tulisan terbaru dalam blog.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Zam, berhujah bahawa pelantikan itu membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan segala-galanya untuk mempastikan Hishammuddin menggantikannya, termasuk mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Ahmad Zahid untuk menjadi perdana menteri.

Menurut Zam, Najib bertindak sedemikian dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Ahmad Zahid sebagai pengganti.

Katanya, Ahmad Zahid adalah seorang yang popular dalam parti, yang jauh melebihi Hishammuddin.

Walau bagaimanapun, dengan melantik Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-tugas khas, Najib menunjukkan bahawa difikirkannya Zahid hanya layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Ahmad Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi timbalan perdana menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad menilai Tun Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan.
“Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddin lah perdana menteri walaupun demoralising Ahmad Zahid,” kata Zam.
Zam berkata, Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian.

Sedangkan, Ahmad Zahid terpaksa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerima baik perlantikan Hishamuddin itu.
“Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengizinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh,” katanya.
Jika Ahmad Zahid mahu mengekalkan statusnya, Zam berkata, beliau perlu menerima pelantikan Hishammuddin, walaupun ia begitu pahit.

Najib, semalam mengumumkan pelantikan Hishammuddin yang berkuat kuasa serta-merta. Hishammuddin, yang juga sepupu Najib, akan juga terus menerajui portfolio pertahanan.

Tidak lama selepas pengumuman itu, timbul spekulasi bahawa Najib sedang mempersiapkan Hishammuddin untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan bahawa ini tidak memberikan petanda baik untuk Ahmad Zahid.

Najib memecat timbalannya sebelum Zahid, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam rombakan kabinet pada Julai 2015

MK

2 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Unknown said...

zahid mungkin pemimpin yg baik tetapi kelemahannya terserlah kerana seolah dilihat sgt terpengaruh dgn ruu355 bawaan pas.

zahid terlebih dlm menjadi jurucakap kpd pas. seolah tunduk dgn ugutan ruu mesti disokong jika tidak rosak akidah.

sedangkan semua org tau ruu adalah permainan pas dan najib semata2.

memberi terlau byk muka kpd pas akan menyebabkan zahid boelh diperkudakan oleh hj hadi yg pro syiah itu.

ini sgt bahaya kpd Negara.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena