Tuesday 9 May 2017

[Video Muhyiddin: RM2.5Billion Tak Pernah Masuk Akaun Umno Pun] 'Terlampau lapar' Abah jilat seluruh badan mama! & Sang Kelembai menegur lagi, kali ini sumpahannya Bandar Malaysia pula.

Rabu, 10 Mei 2017


Foto Suara Rakyat.
Di sebuah negara yang akan mencapai 'Negara Berpendapatan Tinggi" dalam masa 3 tahun lagi...

PECAH AMANAH? - RM2.6 Bilion Dalam Akaun Peribadi Najib

PECAH AMANAH? - RM2.6 Bilion Dalam Akaun Peribadi Najib  Sebagai ganjaran kerana menyokong Perdana Menteri beleaguered Datuk Seri Najib Razak, yang dilantik Kabinet baru, terutama Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman sedang bersiap, sebagai tanda terima kasih, dengan idea-idea yang tidak masuk akal yang bukan sahaja sesat, tetapi juga mengejek terang-terangan daripada tujuan seluruh mencegah rasuah.  

Rahman dan Azalina kini mempertahankan jumlah wang rahsia besar sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri sebagai pembiayaan politik dan bahawa Najib akan mengadakan dana enapcemar sebagai pemegang amanah daripada Umno.Ia adalah sukar dipercayai bahawa mereka boleh datang dengan apa-apa spin.

AMUKANMelayu - "Hujah ini berliku-liku logik yang mempertahankan tidak dapat dipertahankan, kerana ia adalah cacat dalam fakta"...... Rasanya dah tak boleh pusing.......MODAL PUSINGAN dah sangkut.

Posted by توک اکي اجي 


Bandar Malaysia: Projek duit PRU-14?


Sang Kelembai menegur lagi. Kali ini sumpahannya adalah Bandar Malaysia.
Sekonyong-konyong, penjualan 60 peratus saham projek raksasa itu kepada pakatan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dari Malaysia dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC) dari negeri China dibatalkan.
Alasannya perjanjian dengan IWH CREC Sdn Bhd luput kerana gagal penuhi syarat pembayaran pembelian saham walaupun sudah dibagi penangguhan beberapa kali.
Bandar Malaysia di atas bekas tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia ini adalah antara projek raksasa di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kalau kita masih ingat lagi, ia adalah salah satu daripada banyak projek “atas angin” 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada 3 Mei lalu, anak syarikat Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd kata perjanjian dengan IWH CREC Sdn Bhd telah luput.
Orang yang faham dunia perniagaan tentu terkejut sebab IWH ini adalah syarikat anak emas kerana perhubungan rapat taukenya, Tan Sri Lim Kang Hoo, dengan raja sebuah negeri Melayu.
CREC pula adalah sebuah syarikat pembinaan antarabangsa milik Republik Rakyat China. Macam kita sedia maklum, Najib sangat rapat dengan negeri China. Banyak projek besar dia bagi kepada negeri China dan banyak hutang dia ambil dari negara komunis itu.
Pada 31 Disember 2015, TRX City Sdn Bhd telah tandatangani perjanjian dengan IWH dan CREC. Pada 21 Julai 2016, TRX City Sdn Bhd pindahkan pemilikan dan tanggungjawab 60 peratus saham Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada IWH CREC Sdn Bhd.
Dengan pembatalan perjanjian itu, Kementerian Kewangan sekarang pegang 100 peratus Bandar Malaysia.
Putar-belit
Lawaknya ialah projek gagal tapi TRX kata nilai tapak itu telah naik dengan banyak. Minta maaflah kalau saya kata, saya pelik macam mana nilai tapak naik bila projek terbantut.
Saya syak ini satu lagi tipu-helah untuk naikkan nilai tanah itu dan kemudian jual kepada pihak-pihak lain dengan harga yang lebih tinggi mahal. Silap-silap yang kena bayar harga lebih mahal nanti adalah syarikat tempatan.
Inilah yang 1MDB buat bila dibagi hak istimewa untuk beli harta TUDM itu. Ia naikkan nilai (valuation) berkali-kali sejak ambil alih tahun 2014. Pada masa itu, 1MDB kata nilai wajarnya RM896.8 juta.
Tapi setelah diubah syarat penggunaan dan dirancang jadi Bandar Malaysia, nilainya naik melambung. Misalnya 60 peratus saham yang dijual kepada IWH CREC itu ditaksirkan bernilai RM7.41 bilion.
Dalam ukuran apa pun projek ini adalah sangat besar. Oleh sebab itu saya dapati pembatalan perjanjian dengan IWH CREC sangat mengejutkan dan cetus kecurigaan tentang kerapian kerajaan rancang projek itu dan tujuan sebenarnya.
Bila perjanjian dengan IWH CREC ditandatangani ia diuar-uarkan sebagai projek transformasi yang akan ubah landskap pembangunan hartanah negara dan akan jadi bandar bawah tanah terbesar di luar negeri China.
Ia diisytiharkan sebagai mercu tanda kerjasama ekonomi dan keakraban di antara Malaysia dengan China.
Tapi dari awal lagi, banyak pihak yang tahu pertikai pemberian projek itu kepada sebuah syarikat kerajaan China dan sebuah syarikat tempatan yang tak begitu terkenal dalam sektor pembinaan dan hartanah negara.
Saya sendiri banyak kali persoalkan pemberian kontrak itu kepada syarikat kerajaan China sebab pada pandangan saya ia perkecil jasa para perajurit dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang korban nyawa lawan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya yang disokong oleh Parti Komunis China.
Saya juga persoal pemberian kontrak kepada syarikat asing sebab pada hemat saya, ada banyak syarikat pembinaan dan hartanah tempatan, termasuk yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), telah buktikan kemampuan mereka majukan projek hartanah bersepadu.
Soalnya pasal apa Kementerian Kewangan tergesa-gesa dan diam-diam bagi kontrak Bandar Malaysia kepada pakatan Cina Malaysia dengan syarikat kerajaan China?
Pasal apa baru sekarang cakap mengenai tawaran terbuka untuk cari pemaju utama yang baru?
Pasal apa baru sekarang Kementerian Kewangan janji akan kenakan syarat-syarat ketat macam rekod pencapaian, kepantasan siapkan projek dan kemampuan kewangan?
Ini bagi gambaran pemilihan IWH dan CREC tak ikut syarat-syarat yang ketat. IWH bukanlah syarikat hartanah yang besar dan lama. Ia baru beberapa tahun diasaskan dan kegiatannya terhad kepada Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.
Kementerian Kewangan kata IWK CREC Sdn Bhd gagal patuhi syarat. Tapi IWK CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?
Pasal apa CREC yang dimiliki oleh kerajaan China dan amat disanjung oleh kerajaan kita tiba-tiba didakwa langgar syarat pembayaran?
Apakah ini kerana kerajaan China telah ketatkan syarat bawa keluar modal untuk dilaburkan di luar negara atau ada sebab-sebab lain yang dirahsiakan?
Baru-baru ini kerajaan China telah ketatkan kawalan ke atas pengaliran keluar modal dalam usahanya sekat kejatuhan nilai mata wang yuan.
Kita semua tahu banyak urus niaga yang libatkan syarikat China sejak setahun dua ini ada kaitan dengan usaha bayar balik RM50 bilion hutang 1MDB bagi elak diisytiharkan muflis.
Kroni mana?
Kita nak tengok siapa akan dilantik jadi pemaju utama (master developer) Bandar Malaysia bagi ganti IWH CREC Sdn Bhd.
Saya tak terkejut kalau China dapat balik projek ini tapi dengan rakan kongsi baru dari Malaysia atau dibagi projek lain yang sama besar sebagai ganti. China kawan istimewa Najib.
Sekitar tahun 2010, syarikat yang disebut-sebut sebagai bakal dipilih memajukan Bandar Malaysia adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Malton Berhad. Saya telah menulis mengenai.
Malah ada laporan kata secara dasar Kabinet telah amanahkan pembangunan semula lapangan TUDM kepada 1MDB, LTAT dan Malton tapi tiba-tiba pada 2015 dibagi kepada IWK dan CREC.
Kalau LTAT kita tidak ada masalah. Elok sangatlah tabung yang jaga kebajikan anggota dan pesara ATM dibagi peluang majukan tapak TUDM.
Tapi kita kena hati-hati sikit berkenaan Malton. Ikut cakap-cakap pasaran, Tauke Malton Tan Sri Desmond Lim Siew Choo sangat rapat dengan orang atasan tertentu dalam kerajaan Malaysia atau isteri orang itu.
Desmond Lim inilah yang dapat penswastaan tapak Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang yang dimajukan jadi kompleks beli-belah eksklusif Pavilion.
Kalau pisang berbuah dua kali tak apalah – banyak hasil. Tapi yang kita takut ialah pemilihan pemaju baru ini pun walhasil balik asal juga; keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
Saya tak hairan kalau semua ini adalah mainan pilihan raya umum (PRU) untuk cari duit dan pancing undi macam Najib buat dengan FGV pada tahun 2012. Bagi Najib, duit tunai adalah raja. Dia tak peduli kalau dalam merajakan duit, beban dan bala ditanggung oleh rakyat jelata bergenerasi lamanya. – Roketkini.com
Tulisan ini dipetik dari blog (http://kadirjasin.blogspot.my/2017/05/bandar-malaysia-projek-duit-pilihan-raya.html) DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, yang kini bergiat dalam PPBM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena