Monday 8 May 2017

[Video SENJATA TERAKHIR NAJIB! Guna Isu RUU 355, Untuk Pecah Belahkan Rakyat] Impian berkecai buruh China di Forest City.

Isnin, 8 Mei 2017

Impian berkecai buruh China di Forest City


LAPORAN KHAS Terpikat gaji mahal, ratusan warganegara China menghabiskan pinjaman masing-masing untuk membayar agen bagi mendapatkan kerja di Forest City Johor.
Malah, ada yang terpaksa meminjam wang untuk tujuan itu.
Bagaimanapun, memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial, pekerja-pekerja itu terpaksa pulang ke negara asal apabila mungkin terpaksa bekerja secara haram atau dibayar lebih rendah daripada yang dijangkakan.
Dalam tempoh dua bulan terakhir, terdapat antara mereka yang tersadai di lapangan terbang Senai, Johor, dan di jalanan sementara menunggu penerbangan pulang ke China.
Anggota Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi berkata, kumpulan itu kini tiada lagi wang setelah membayar antara 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092) kepada agen di negara mereka.
“Saya difahamkan oleh media tempatan bahawa seramai 50 orang daripada wilayah Jilin (di China) terkandas di lapangan terbang. Ini berlaku hampir tiap hari,” katanya kepada Malaysiakini dua minggu lalu.
Forest City dibangunkan bersama oleh Country Garden Holdings (CG) dariapda China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Projek itu dilaporkan melibatkan lebih 70 pemaju, kontraktor dan subkontraktor China, termasuk Huaxi, Shen Teng and Hua San International.

Pekerja-pekerja asing itu diupah oleh individu-individu di China,yang dilantikan oleh subkontraktor projek.
Wang Xiaowei, pekerja 40 tahun dari Shaanxi, China, berkata beliau datang ke negara ini setelah dijanjikan gaji sehingga RM9,432 – tiga kali ganda daripada gajinya sekarang.
Terpesona dengan bayaran itu, Wang dan tiga rakannya imeminta jang untuk membayar agen.
Bagaimanapun, setiba sahaja di hotel, mereka terkejut apabila mendapati terdapat pekerja-pekerja lain telah beberapa bulan tidak mendapat gaji.
Akhirnya, kata Wang, dia terpaksa bekerja enam bulan di Malaysia semata-mata untuk membayar pinjaman untuk membayar agen.
Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka pulang ke Tanah Besar, katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di lapangan terbang Senai, Johor Bahru.
'Harap kerajaan Malaysia bantu'

Sen Hongxue (bawah, berbaju putih) pula berkata dia dan sembilan rakannya dari Guangzhou membayar 12,000 yuan (RM7,546) dan seorang daripada mereka mahu terus bekerja di sini.
“Kami sangat takut bila dengar warga China yang bekerja di sini tidak dapat menghantar wang ke kampung walaupun sudah bekerja selama lima bulan. Mereka tidak dapat gaji, hanya duit poket.
“Saya harap kerajaan Malaysia dapat tolong warga China yang ditipu,” katanya.
Sen, seperti juga Wang diberitahu bahawa visa lawatan mereka akan ditukar kepada visa kerja apabila mula berkhidmat tetapi mereka tidak mahu mengambil risiko itu.
Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Tong berkata beliau telah bertugas membina rumah contoh projek itu menggunakan visa lawatan tetapi dipaksa meninggalkan negara ini sebelum visa 30 hari itu tamat.
“Saya mahu kerja setahun dua, orang di sini baik tetapi visanya tidak. Kamu cuma benarkan saya tinggal sebulan. Saya akan jadi pekerja haram jika tinggal lebih masa. Dasar ini tidak hadis untuk kami,” katanya.
Bagaimanapun, terdapat pekerja-pekerja untuk projek harta tanah itu menunjukkan dokumen kerja yang sah kepada Malaysiakini.
Sebagai contoh, Luo Zhaoli, 48, hadir ke Malaysia dengan pas lawatan sosial pada 10 Februari dan kemudian mendapat pas khas imigresen pada 17 April.
Menurut jawapan bertulis di parlimen dalam sidang lalu, Jabatan Imigresen mengeluarkan 3,441 pas lawatan sosial (pekerjaan sementara) kepada pekerja China pada 2016.

Bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik.
Ditemui di asramanya, Zhang Zhongshan (nama ditukar untuk melindungi identiti) memberitahu Malaysia bahawa beliau masuk ke negara ini dengan pas lawatan sosial pada November lalu.
“Saya tidak tahu kenapa saya sekarang jadi pekerja haram,” katanya, sambil menunjukkan pasport dan kad syarikat, yang mendedahkan dia bekerja untuk “Zao” yang terlibat dengan subkontraktor Huashi Enterprise Company Limited.
Zhang, 49, yang bersama dua lagi rakannya ketika diwawancara, mendakwa tidak mendapat gaji untuk tempoh enam bulan dan justeru itu tidak mampu membayar pinjaman untuk mengubah suai rumahnya di China.
Bapa kepada dua orang anak itu berkata hanya meneruskan hidup dengan duit poket RM300 sebulan yang diberikan Zou.
Zou, bagaimanapun berkata, kira-kira 40 lelaki yang datang ke mari dengan pas lawatan sosial kini bekerja secara haram.
Beliau menyalahkan perjanjian dua negara dalam hal ehwal buruh antara Malaysia dan China, yang menghendaki pekerja-pekerja memohon pas kerja sejurus selepas tiba.
Zou (atas, mengepit beg) berkata beliau terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar pekerja-pekerja itu dan sudah membelanjakan sehingga RM250,000.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi Huashi berkaitan perkara itu.
Dengan lebih 100 blok hostel di kawasan itu, dan banyak lagi sedang dibina, Malaysiakini tidak dapat memastikan jumlah sebenar pekerja-pekerja haram terlibat. Selain dari China, terdapat juga pekerja Indonesia, Nepal, India dan Sri Lanka.
Sekumpulan 20 lagi pekerja China, ketika ditemui, juga mengaku bekerja secara haram untuk beberapa bulan dan belum mendapat bayaran.
Seorang daripada mereka menunjukkan pas syarikat kepada Malaysiakini, yang menunjukkan beliau berkhidmat untuk Huashi.
Pasport mereka juga dikatakan disimpan oleh kontraktor untuk tujuan keselamatan.
Berdasarkan undang-undang imigresen, majikan yang mengupah pekerja haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau denda RM50,000.
Akta itu juga berkata pihak yang melindungi pekerja haram lebih daripada lima orang boleh didenta sehingga RM50,000 untuk setiap pekerja dan dipenjarakan sehingga enam bulan dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.
Country Garden janji siasat
Sumber dari Kementerian Dalam Negeri memberitahu Malaysia bahawa mereka sedia maklum terdapat sesetengah kontraktor menggajikan pekerja haram untuk menjimatkan kos.
Ini termasuk bayaran levi RM1,850 setahun dan prosedur tapisan kesihatan.
Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) dalam e-mel kepada Malaysiakiniberkata akan menyiasat dakwaan itu dan bertindak tegas terhadap kontraktor terlibat.
“Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, CGPV akan menyiasat dakwaan berkaitan pekerja asing dan isu-isu berkaitan. Pemaju menegaskan bahawa tindakan tegas terhadap kontraktor berkaitan akan diambil jika berlaku perlanggaran kontrak.
“Projek ini melibatkan sejumlah kontraktor utama dan jua subkontraktor. Seperti mana projek pembangunan lain, proses penganugerahan kontrak kepada kontraktor-kontraktor ini memerlukan pemeteraian perjanjian kontrak.
“Perjanjian itu meliputi penggajian pekerja asing menurut peraturan dan undang-undang imigresen dan juga tanggungjawab kontraktor menguruskan pekerja-pekerjanya.
“Forest City menegaskan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan akan meneliti perkara ini,” tambahnya.
Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Md Othman Yusof berkata syarikat itu tidak akan bertolak ansur terhadap amalan salah urus pekerja.
“Jika kami jumpa sebarng salah laku oleh pihak yang memegang kontrak kami, kami akan ambil tindakan tegas tanpa teragak-agak,” katanya.
Sebanyak 66 peratus saham CGPV dimiliki oleh China yang didaftarkan di Malaysia sebagai anak-anak syarikat di Malaysia, iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd.
Saham kerajaan Johor, atau lebih tepat KPRJ, dikatakan melalui Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang memegang 34 peratus saham dalam CGPV.

Pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mengawal pegangan sebanyak 64.4 peratus, adalah atas nama Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.
Sementara itu, Jabatan Imigresen Johor menggesa Malaysiakini mengemukakan bukti-bukti berkaitan, termasuk nama dan gambar pihak yang diwawancara.

“Kami akan siasat,” kata pengarahnya Rohaizi Bahari.
Malaysiakini.

2 comments:

Unknown said...

Hello semua,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jenis Kelamin: .........
3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Telefon: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
Derek Email osmanloanserves@gmail.com

"ISKANDAR LENDERS" said...

Notis!! Notis!! Notis!!

Adakah anda ingin membiayai semula perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman Dalam Talian yang tulen untuk mendapatkan Bil anda? Memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? atau Pinjaman Perniagaan, Mohon pinjaman cepat dan mudah untuk memulakan pembiayaan baharu projek anda pada kadar faedah termurah 1.5%. Hubungi kami melalui e-mel:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]


PERKHIDMATAN KAMI

* Pinjaman Rumah
* Pinjaman Kenderaan
* Pinjaman Gadai Janji
* Pinjaman Perniagaan
* Kenderaan Kewangan
* Pinjaman peribadi

Adakah anda memerlukan sejumlah besar modal untuk memulakan cadangan atau pengembangan perniagaan anda? Adakah bank atau broker menolak Permohonan Pinjaman kerana Skor Kredit Rendah atau Kekurangan Cagaran? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami untuk kemungkinan kerjasama perniagaan. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman terjamin untuk kedua-dua warganegara dan bukan warganegara.

Hubungi kami hari ini melalui e-mel: [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena