Tuesday 10 October 2017

[Video Himpunan 14 Okt tidak perlu permit - Mat Sabu] Bayangkan apa jadi kalau DAP berucap di kongres Parti Komunis China.

Rabu, 11 Oktober 2017

Foto Otai BERSIH.
UMNO dan Komunis China bersanding, cina DAP kah yang bersalah?

Foto Otai BERSIH.
TU DIA !!!.. Sudh terbukti dah terang2 siapa sebenarnya bersekongkol dgn komunis.. DAP atau UMNO ??!

Jika datang atau dpt 'invitation' drpd DAP terus dilabel Komunis oleh puak AMENO...

TETAPI bila komunis-China jemput AMENO.. Bangga shiall puak AMENO dapat undangan dari PRC.. HA HA HA !!!

#HidupUMNO #BangsatUMNO

Bayangkan apa jadi kalau DAP berucap di kongres Parti Komunis China

SELASA, 10 OKT: Baru-baru ini media melaporkan Parti Komunis China (CPC) memilih UMNO untuk menghantar wakil bagi berucap dalam kongresnya 18 Oktober depan.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia merupakan kelangsungan hubungan kedua-dua parti pemerintah untuk saling bertukar-tukar pandangan.
Namun, cuba bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya DAP atau wakil kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang atau Selangor diberi penghormatan berbuat demikian soal Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Beliau berkata, sudah pastinya DAP akan diserang habis-habisan kononnya menjadi tali-barut komunis China sebagaimana yang sering dimomokkan selama ini oleh jentera propaganda parti lawan itu.
“Cuba bayangkan jika parti komunis itu menjemput Lim Kit Siang berucap dalam kongres nasional mereka, sudah tentu media pro-BN akan memainkan propaganda jahat menyerang DAP pagi, petang, siang malam,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Adun Mentakab itu berkata, UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan apa sahaja muslihat jika memberi faedah kepada parti itu.
“Tapi jika perkara sama dilakukan oleh pihak pembangkang, sudah tentu pembangkang akan dicemuh dengan kata-kata nista, tidak bermaruah dan sebagainya,” katanya.
Dalam perkara berkaitan, Tengku Zul memandang sinis propaganda UMNO selama ini yang tidak habis-habis menyebar fitnah mengaitkan DAP sebagai parti komunis, cauvinis, anti-Melayu dan Islam.
Ini termasuk kempen fitnah jahat melalui pengedaran carta ‘Keluarga Komunis Malaya’ yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan pengasas Parti Komunis Malaya.
Carta fitnah yang mula tersebar dipercayai sejak tahun 2016 itu menunjukkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng; bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dan Kit Siang sebagai sepupu dan kononnya mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin DAP lain seperti Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Tony Pua dan Lim Guan Eng.
“Tapi hari ini UMNO sendiri berbangga bila dijemput berucap di kongres Parti Komunis China,” sindir Tengku Zul. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena